top of page

Redhamu, RedhaNya

  • Barrs
  • Apr 23, 2015
  • 3 min read

Assalamu'alaikum readers. Apa khabar semuanya?? Semoga kita semua di dalam lindungan Allah.

Now ana nak share satu topic yang menarik, iaitu “Redhamu, RedhaNya”

Ok apa yang dimaksudkan Redhamu?? Apa yang dimaksudkan dengan RedhaNya?? Dan kenapa semua ani di kaitkan?? hmm…curious, hehee…sebelum ana explain more briefly about this topic, let’s us recite Surah Luqman ayat 11-15

1.png

Tafsirnya:

(11) Inilah ciptaan Allah, maka perlihatkanlah olehmu kepadaku apa yang telah diciptakan oleh (sembahanmu) selain Allah. Sebenarnya orang-orang yang zalim itu berada di dalam kesesatan yang nyata.

(12) Dan sungguh, telah Kami Berikan hikmah kepada Luqman, iaitu, “Bersyukurlah kepada Allah! Dan barangsiapa bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya dia bersyukur untuk dirinya sendiri, dan barangsiapa tidak bersyukur (kufur), maka sesunggunya Allah Maha Kaya, Maha Terpuji.”

(13) Dan (ingatlah) ketika Luqman berkata kepada anaknya, ketika dia memberi pelajaran kepadanya, “Wahai anakku! Janganlah engkau mempersekutukan Allah, sesungguhnya mempersekutukan (Allah) adalah benar-benar kezaliman yang besar.”

(14) Dan Kami Perintahkan kepada manusia (agar berbuat baik) kepada kedua orang tuanya. Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah, dan menyapihnya dalam usia dua tahun. Bersyukurlah kepada Ku dan kepada kedua orang tuamu. Hanya kepada Aku kembalimu.

(15) Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang engkau tidak mempunyai ilmu tentang itu, maka janganlah engkau mentaati keduanya, dan pergaulilah keduanya di dunia dengan baik, dan ikutilah jalan orang yang kembali kepadaKu. Kemudian hanya kepada Ku tempat kembalimu, maka akan Aku Beritahukan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan.

So the main topic is Redhamu means redha ibu bapa kitani, dan redhaNya tidak lain tidak bukan redha Allah.

So let’s refresh our niat and ask to yourself, why Allah sent us in this DUNIA??

The answer is semata-mata mencari keredhaan Allah Subhanahu Wata'ala

Imagine kalau kitani ada 2 kanak-kanak, surang baik and surang nakal. :p Let’s say budak nakal ani membawa minuman, tiba-tiba tertumpah tah ya, apa kita ni buat?? *fikirkan*

Let’s say budak baik ani membawa minuman, tiba-tiba tertumpah, apa tani buat?? *fikirkan*

Ada difference nya kan?? jangan tipu xp saya sendiri pun fikir apa yang readers fikirkan. So kena reflect yee..

Now kenapa kita mesti redha pada ibu bapa kitani??

Jawapannya: Semata-mata kerana Allah. Mencari kerdhaan Allah. Let us question ourself, are we really redha kepada kedua ibu bapa kitani?? … . . refresh and reflect yee

Kenapa kita mesti mendapat keredhaan kedua ibu bapa kitani??

Jawapannya: Ofcourselah nada lain nada bukan hanya kepada Allah.

Kita mesti ingat, tanpa redha Allah, kita tak akan mencium baunya syurga yang indah, worst kita tak akan masuk syurga.

Walaupun setinggi-tinggi amalan kitani pun, jangan tah kan harap kan mencium syurga TANPA redha Allah.

Satu hadith mengatakan:

“Redha Allah adalah redha ibu bapa, dan kemurkaan Allah adalah kemurkaan ibu bapa.”

(Riwayat Hakim dan Al-Baihaki)

So untuk mencari kerdhaan Allah, kita mesti redha kepada kedua ibu bapa kitani.

Memang tujuan kitani hidup di dunia ini ialah mencari keredhaan Allah. Hidup dan mati kitani pun adalah semata-mata kerana Allah.

اِنَّ صَلاَتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي ِﷲِ رَبِّ الْعَالَمِينَ

Maksudnya: "Hidupku dan matiku semata-mata kerana Allah"

Kenal tak dengan ayat diatas?? YES that’s correct, bacaan dalam solat kitani iaitu do'a Iftitah.

So let’s reflect to ourselves, are we living in this world because of Allah?? Let’s refresh our niat. Segala yang ada ani, semuanya milik Allah Yang Esa. Kita sebagai hambaNya bersyukur dan sembah hanya pada Allah.

2.png

Tafsirnya: "Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar beribadah kepada Ku" (Surah Dzariyat ayat 56)

It’s a lot right if we do for the sake of Allah??

Mari kita petikan satu hadith:

Daripada Jahimah al-Sulami, beliau datang menemui Rasulullah Salallahu A'alaihi Wassallam lalu berkata: "Wahai Rasulullah, saya ingin berperang, dan saya datang untuk berbincang.“ Rasulullah bertanya: "Adakah engkau mempunyai ibu?” Beliau menjawab: “Ya”. Rasulullah bersabda: “Dampingilah dia, sesungguhnya syurga terletak di kedua kakinya.”

(Riwayat al-Hakim)

Keterangan hadith tersebut;

Syurga terletak di kedua kakinya: Ini kerana sesuatu benda jika berada di bawah tapak kaki seseorang, ia tidak boleh diambil atau dicapai oleh orang lain melainkan jika ia terdapat di tempat itu.

Reference: 300 Hadis bimbingan-Ke arah mencari redha Allah)

Satu lagi hadith Nabi Muhammad Salallahu A'alaihi Wassallam yang bermaksud:

“Berbaiklah kamu kepada kedua ibu bapa kamu, nescaya anak kamu akan berbaik kepada kamu”

Alhamdulillah, dari conclusion semua diatas. We MUST respect our parents. They feed us, they take care of us. Don’t judge badly to them, they know what’s best for us, same as Allah knows what’s best for His slaves. So love them with all our hearts.

3.png

Insya Allah, semoga apa yang disampaikan akan mereflect pada diri kita semua dan semoga Allah membalas dengan sebaik-baik balasan. Amin.

(^_^) semoga bermanfaat.

 
 
 

Yorumlar


Featured Review
Tag Cloud
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page