top of page

Terima Kasih Sahabat

  • A. R
  • Apr 23, 2015
  • 3 min read

Hati manusia Allah yang pegang. Aku inda mampu memaksa dia untuk mengenal tujuan kehidupan seorang insan yang sebenar. Inda paksa kalau dia inda mahu mendengar. Tetapi terseksa, kerana tak mahu dianggap ‘selfish’ pula.

‘Nda kau solat?’ aku membuka kata padanya.

Diam.

‘Later’ balas Afi

Sabar Dam Sabar ujar hati.

‘Adam oi dam, bangun’ kejut Hanafi

‘Hmm’

Malas dan sempat mengeliat sebelum bangun.

Dicapainya tuala dan terus masuk ke jamban. Khidmat diri aka mandi.

Selepas lima belas minit, Adam pun keluar dan bersiap untuk pergi kuliah.

‘Apa kau masak pagi ani?’

‘Banyak cantik la mukamu, kau fikir aku binimu’ balas Hanafi.

Adam hanya mampu tersengih. Lapar lah ertinya tu kata-kata hati Adam.

‘Mun macamatu, lakas tah makan di garai dulu then off to campus, okay?’

Angguk kepala.

Tak lama kemudian, kereta diletakkan tepi jalan. Sanang ada kereta, inda payah susah-susah ujar Adam dalam hati. Gerai tepi jalan yang agak usang namun nasi lemak Makcik Limah memang power. Pagi itu, tak banyak sangat pelanggan. Agak relief juga mereka berdua kerana tidak payah beratur membeli nasi lemak.

‘Assalamualaikum makcik, nasi lamak dua bungkus, makan sini. Sama teh Tarik. Dua’

Makcik Limah hanya tersenyum sambil membalas salam Hanafi. Hafal dengan budak dua orang ini pasal selalu sangat makan di gerainya.

Adam sempat buka kipas kat gerai itu. Panas.

Macam bini-bini, komen Hanafi dalam hati sambil menjeling melihat telatah Adam.

Adam seakan-akan faham dan sempat mencebik muka.

Brotherhood.

Pengenalan dua orang sahabat ini lama terjalin sejak sekolah rendah lagi. Memang lama sehingga ke hari ini, mereka masih bersahabat dan sama belajar satu universiti. Bukan saja itu, kedua keluarga mereka pun sudah faham dan kenal akan persahabatan mereka. Macam-macam perkara mereka buat sejak kecil. Budak lelaki. Suka menyakat dan nakal sangat. Pernah suatu ketika, gigi Hanafi patah sebab mereka berdua bergusti. Habis dua-dua sekali kena marah.

Nasi lemak dan teh tarik pun sudah sampai.

Baunya memang menaikkan selera dua sahabat ini.

‘Bismillah’

‘Bismillah’

Diam.

Dua-dua sudah tak hirau sekeliling lagi. Menikmati nasi lemak di depan mata.

Dua-dua sendawa. Ketawa berderai memecah suasana pagi itu. Kenyang perut. Alhamdulilah.

Pelanggan-pelanggan sudah mulai mengisi ruang-ruang kosong gerai Makcik Limah.

Mereka pun beredar setelah membayar breakfast tadi.

Sampai ke kelas, pukul lapan lima minit. Masih tak ada pensyarah.

Adam sibuk dengan earphonenya. Dengar music entah apa.

Hanafi hanya mengeluarkan nota dan pen. Bosan.

Pintu tiba-tiba terbuka. Syafie datang sambil tersenyum pada mereka berdua.

‘Apa ceta bro’

‘Nada papa bro’ kata Hanafi.

‘Cuti semester ani, kau pegi mana-mana?’

‘Nope. Why?’

‘Mau pegi KL or UK?’

‘Apada?’

‘Jalan-jalan bah, makan angin’ kata Afi sambil dua-dua kirainya terangkat ke atas dan bawah.

Hanafi hanya mengerutkan dahi. Tau ku ni si Afi ani, kn cuci mata la tu bisik hati Hanafi.

‘Liat la dulu.’

‘Okays’

Jalan-jalan, makan angin. Fikir Hanafi. Aku ikut flow saja la nanti

Hijrah. Aku buat kerana diriku. Kerana-Nya. Aku pilih jalan ini.

Hanafi masuk ke ruang tamu sambil memberi sepucuk surat kepadanya.

‘Apa ni?’ Tanya Adam

‘Ada lah tu’ jawab Hanafi dan beredar untuk pergi ke kuliah.

Berkerut dahi Adam. Tanpa berlengah lagi, Adam pun membuka sampul surat dan membaca isinya.

Air mata Adam mula membasahi kelopak matanya. Dia tersenyum dan memanjat kesyukuran.

“Assalamualaikum Adam,

Hehehe ganjil rasanya menulis surat ani. Anyway, I just want to say Thank You despite all of our arguments and your advice to make me a better muslim. You know before, I always never agree with your ‘change’ but I am glad, you opened my heart. Allah opened it though. Alhamdulilah.

Dam, In Shaa Allah karang ajar aku baca Al-Quran. A bit rusty dh. So thank you again my sahabat =)”

Namun itu hanya kenangan.

Hanafi sudah tiada lagi.

Air asah-asahan disiram di pusaranya. Alhamdulilah detik di hati Adam. Alhamdulilah Allah temukan aku dengan kau dan memberiku peluang untuk mengenal erti persahabatan. Terima Kasih Sahabat.

Tamat.

shbt_edited.jpg

 
 
 

Comments


Featured Review
Tag Cloud
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page