Di Sebalik Ujian
- Anissya
- Apr 25, 2015
- 2 min read
Ujian..
Pertama kali mendengarnya pasti ada perasaan takut kan? Sebagai contoh, exam. Siapa yang tidak takut dengan exam? Takut sebab belum ready, takut tak dapat jawab dan sebagainya. (P/S: Kita tidak patut takut kepada exam, yang paling layak untuk ditakuti hanyalah Allah semata. Kalau nervous sebab exam, yang tu of course boleh :p)
Tapi..
Saya bukan nak bahas tentang tu. Yang ini ujian dari konteks yang lain.
Apa dia?
Ujian dari Allah. Macam-macam ujian Allah bagi pada kita. Ujian kesabaran, ujian harta benda, ujian keluarga, ujian pilihan dan lain-lain. Macam-macam bentuk ujian Allah bagi. Sehingga ada orang yang akan mengeluh dan berkata: “Kenapa Allah uji aku dengan ujian ni? Kenapa bukan orang lain?”
Berhati-hatilah wahai sahabat. Kerana dari sana akan nampak bahawa manusia itu tidak redha dengan takdir Allah, dan ianya seolah-olah kita melawan aturan Allah.
Allah ada berfirman: “Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman,” dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka, maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.” [29:2-3]
Kerana apa manusia diuji? Kerana Allah ingin menguji tahap KEIMANAN kita. Iman tidak cukup hanya dengan BERKATA-KATA, ianya juga perlu dibuktikan dengan AMAL.
Ada orang yang lebih banyak mengingat Allah pada waktu susah, dan melupakan-Nya pada waktu senang. Dan kerana itulah Allah menguji kita. Kerana itulah dia menghantar bermacam bentuk ujian. Supaya kita SENTIASA INGAT kepada-Nya. Sebab Allah sayang! Allah sangat sayang pada semua hamba-Nya sehinggakan Dia tidak membenarkan seorang pun dari hamba-Nya yang lalai dari mengingati-Nya.
Tahu tak kalau sebenarnya KITA HANYA BENAR-BENAR HIDUP BILA KITA MENGINGATI ALLAH. Bila kita buat benda-benda lagha, memang hakikatnya kita TIDAK HIDUP PUN.
“Tapi ujian Allah ni terlalu berat untuk aku!”
Allah berfirman: “Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Dia mendapat pahala dari kebajikan yang dikerjakannya dan dia mendapat siksa dari kejahatan yang diperbuatnya….” [2:286]
Bila Allah bagi certain ujian bermakna Allah yakin dan percaya bahawa kita mampu menghadapi ujian itu 100%! Bila Allah, pencipta kita yang Maha Mengetahui, yakin tentang itu, maka mengapa pula kita sebagai makhluk-Nya yang kerdil, lemah lagi hina ini tak percaya?
Sesungguhnya di sebalik setiap ujian yang Allah beri, pasti ada hikmahnya. Kita mungkin belum nampak hikmahnya buat masa sekarang, but soon! In shaa Allah, kita pasti akan nampak hikmahnya dan saat itu kita pasti sedang tersenyum gembira kerana dapat melalui ujian itu dengan jayanya.
Akan tetapi..pasti ada yang sering tertanya-tanya, mengapa Allah menguji dengan ujian yang sama setiap kali?
Ketahuilah bahawa apabila Allah menguji kita dengan benda yang sama, bermakna kita belum ‘lulus’ ujian itu. Lebih kurang samalah macam exam, selagi tidak lulus selagi itu kita kena ambil subjek itu berulang kali sehinggalah kita lulus. Begitulah cara Allah menguji kita. Jadi, kalau tidak mahu Allah bagi ujian yang sama setiap kali, pastikan anda lulus ujian itu!
! ولا تَايْئَسُوا
“…dan jangan kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya yang berputus asa dari rahmat Allah, hanyalah orang-orang yang kafir.” [12:87]

ความคิดเห็น