Hujan
- seriousmatteronly
- Apr 25, 2015
- 2 min read
Tik.
Tik.
Tik.
Rintik-rintik hujan membasahi kereta suzuki hitam yang kupandu.
Hujan… Sungguh, kebesaranmu Tuhan. Jatuh ia pada tanah yang dahagakan titisan-titisan air hujan…
Teringat aku dengan satu kata-kata dari Talib Al-Habib yang dikongsi oleh seorang sahabat: “Let your kindness be like the rain that does not care whom it fall upon”. Jatuhnya air hujan itu di mana-mana Dia kehendaki; Pada tanah yang subur, pada tanah yang kering, pada lantai semen yang tegap, pada atap zinc sebuah rumah, pada keretaku yang masih belum dicuci… ait! Tak mengapa, jawapan masih diterima. Insya Allah…
Samalah juga dengan kebaikan seorang muslim itu, tersebarnya kebaikannya itu kepada semua. Dan kebaikannya itu semuanya dilakukan keranaNya… Kerana dia tahu, Allah mencintai orang-orang yang melakukan kebaikan. Itu yang membezakan dia, seorang muslim dengan seorang yg bukan muslim.
Shook. shook. shook.
Wiper kereta bergerak.
ke kiri.
ke kanan.
ke kiri.
Menjelaskan lagi pemandanganku ketika memandu.
Waaah! Wiper kerete sendiri bisa membuat kebaikan… Apatah lagi sepatutnya seorang manusia!
Dush! dush! dush! Tamparan untuk diri sendiri.
Muhasabah sebentar…
******
Berjalan aku menuju perpustakaan di universitiku, sambil berfikir akan kebaikan apa yang ingin kulakukan hari ini.
Namun langkahku terhenti seketika apabila terlihat pada sesuatu yang tidak enak dipandang mata.
Ahah!
Mungkin ini satu permulaan bagiku.
Tangan kananku kugenggam erat, menandakan ada yang perlu dilakukan.
‘Muslim on the go!' Hatiku berkata.
Mendekat padanya.
Langkah demi langkah.
Tapak demi tapak.
Lalu, kukutip sampah-sampah yang mungkin telah diselongkar oleh monyet-monyet yg berkeliaran di kawasan universiti. Sampah-sampah tersebut kumasukkan kembali ke dalam tong sampah yang telah disediakan.
Beberapa mahasiswa melintasi 'tempat kejadian’.
Perbetulkan niat sekejap.
Terkadang kebaikan sekecil ini pun bisa dicemari dengan niat ingin menunjuk-nunjuk.
Tapi itu bukan alasan untuk tidak membuat kebaikan-kebaikan kecil seperti ini, bukan? Maaf, kebaikan-kebaikan yang DIANGGAP kecil ini.
Ingin kuingati, terutama untuk diri ini: niat kitalah yang mengubah kebaikan yang kecil itu menjadi besar.
Dan niat jualah yang mengubah kebaikan yang besar itu menjadi kecil.
Jadinya…
Ayuh! kita cuba melakukan kebaikan-kebaikan. Dan memperbetulkan niat apabila melakukan kebaikan-kebaikan tersebut.
Lillah…
insya Allah…
Moga Allah permudahkan. Ameen…

ความคิดเห็น