top of page

Cinta si Dia atau dia?

  • AS
  • Apr 26, 2015
  • 6 min read

“Assalamua’alaikum. Hello?”

“Oh Riqal, HI!”

“Jazz, please listen carefully.”

“You sound serious. What’s the matter?”

Telinga menanti apa yang ingin di katakan oleh si pemanggil. Berdebar dada Jasmine yang memberikan seratus peratus tumpuan kepada teman lelakinya itu.

“We are over.” Talian pun dimatikan. Jasmine merenung iphone5S miliknya lama. Bingung dengan apa yang baru didengarnya. Over?

***

Imani sibuk menulis sesuatu pada sticky-notes. Datang seseorang memanggil namanya dengan begitu nyaring. Bergegar satu bilik perpustakaan universiti itu dibuatnya.

“IMAN! IMAN!”

“Ada apa, Alia?” tanya Imani sambil mengemaskan meja yang berselerak. Sekejap lagi dia akan pulang. Jam pun sudah menginjak ke pukul 8.45 malam.

Berkerut dahinya melihat Alia yang tercunggap-cunggap. Botol air dihulurkan. Alia mengambilnya dengan rakus sekali.

“Minumlah sambil duduk,” tegur Imani lembut.

Mendengar saja teguran sahabatnya itu, Alia terus menarik kerusi dan duduk di sebelah Imani. Tersengih-sengih Alia. Geli hati Imani melihat perangai sahabatnya itu. ‘Ada-ada saja Alia ni,’ monolognya dalam hati.

“Allah, lupa pula!”

“Lupa apa?” tanya Imani sedikit terperanjat.

“Jasmine ada di rooftop sekarang,” jawab Alia dengan nada yang sedikit terkawal. Dia mengetuk-ngetuk kepalanya berulang kali. Akibat terlalu penat berlari, dia hampir lupa tujuan asal.

Berdesup Imani keluar dari bilik perpustakaan. Buku dan nota-nota serta bahan bacaan di atas meja tidak diendahkan lagi.

Sebaik sahaja lif ditekan, laju Alia dan Imani melangkah masuk ke dalam. Tiba di tingkat teratas, Imani berlari pula menaiki beberapa anak tangga ke bahagian paling atas bangunan. Terkocoh-kocoh Alia mengikut dari belakang.

Tiba di rooftop, dilihat Jasmine duduk seorang diri, memeluk lutut sambil merenung gelap malam. Imani menggeleng-geleng sambil mengingatkan dirinya untuk bersabar.

“Astaghfirullah Jasmine, what are you thinking?!” jerkah Alia.

Jasmine yang menundukkan kepala melihat kerlipan lampu di bawah bangunan menoleh ke arah suara itu. Tersedar dia dari lamunannya. Dia memanggung kepala. Matanya kelihatan merah. Terus dia berdiri lalu meluru ke arah Alia dan Imani.

Melihat sahabat melangkah ke arah mereka, Alia dan Imani mendepakan tangan. Jasmine merebahkan diri ke dalam pelukan dua sahabatnya yang tersayang.

Lama mereka berpelukkan. Beratapkan langit hitam. Jasmine memandang wajah dua insan itu silih berganti. Alia dan Imani inginkan penjelasan. ‘Susah betul bila dua orang ini sudah masuk campur,’ luahnya dalam hati.

“Jasmine, what happened?” tanya Alia, perlahan.

Jasmine berjeda seketika. Sebelum menjawab, wajah rakannya direnung lagi meminta simpati. “He dumped me and I need to sort out my thoughts.”

Setelah mendengar kenyataan yang keluar daripada mulut sahabat mereka itu, dengan serentak Alia dan Imani menghembus nafas lega. Sekurang-kurangnya Jasmine hanya ingin ‘sort out her thoughts’. Bukan ingin buat kerja gila seperti yang mereka sangka. Terhembur juga ketawa mereka berdua.

Siap boleh gelak pula tu! Berkerut dahi Jasmine. Pelik. Mereka tidak kesian kah dengan aku? Hatinya tidak puas dengan respons spontan dari dua orang itu.

“I said, Shahriqal just dumped me!” ulang Jasmine sekali lagi. Suaranya sudah meninggi. Geram apabila kawan-kawannya buat tidak ambil peduli.

“Okaylah tu,” balas Alia pendek.

“Alhamdulillah,” jawab Imani pula dalam hati.

“I don’t know who he is anymore. He said we both are over. I thought he was the perfect one for me,” jelas Jasmine dalam sendu. Dia mengeluh berat. Matanya sudah mula berair.

Alia dan Imani hanya diam membisu. Jasmine sudah bersiap sedia untuk angkat kaki. Lagi lama dia berdiri tercegat di situ, lagi sakit hatinya melihat dua orang sahabatnya yang tidak berperikemanusiaan ini.

“Kalau kita bercouple, berkawan–kawan dua puluh tahun sekalipun, kita tidak akan kenal dia. Yang kita kenal adalah lakonannya,” tegur Imani tiba-tiba. Sedari tadi dia hanya berdiam diri. Sejak menjejakkan kaki ke rooftop ini, baru sekarang dia membuka mulut.

Jasmine dan Alia berpaling ke arah Imani. Otak cuba menghadam apa yang baru sahaja mereka dengar. Antara mereka bertiga, Imanilah yang paling tidak banyak bercakap. Dia hanya bercakap bila perlu. Jadi tidak hairanlah setiap kali Imani membuka mulut, Alia dan Yasmine akan memberikan sepenuh perhatian.

“Ketika bercinta, kita hanya akan nampak kebaikan dia dan lupa akan segala keburukannya. Jika kita hanya nampak kebaikan, ini bukanlah bermakna ‘kenal’. Kenal bermaksud, kita faham dan tahu setiap baik dan buruk dia.” Panjang lebar Imani menjelaskan pendapatnya soal cinta si dia bernama manusia.

Jasmine terdiam sambil menundukkan kepala. Begitu juga Alia yang terkedu tiba-tiba. Lama mereka begitu. Menghadam satu persatu nasihat yang cuba disampaikan. Sedang reflect diri sendiri mungkin?

***

Hari Ahad keesokkan harinya, awal-awal pagi lagi Imani dan Alia sudah tercegat di pintu rumah Encik Al-Yahya. Salam diberi lalu dijawab dari dalam. Tuan rumah yang sudah cukup kenal dengan dua orang gadis itu mengajak mereka masuk.

Alia dan Imani bergegas ke tingkat atas. Bilik si sahabat diketuk beberapa kali. Hampir lima minit mereka terpekik terlolong, barulah pintu dibuka.

“Assalamua’laikum. Good morning!”

“Wa’alaikumussalam. Hah, ada apa bising-bising depan pintu ni?” soal Jasmine yang masih mamai. Rambut entah macam apa-apa. Baru bangun tidurlah tu. Matanya pula nampak agak bengkak. Dia menangis lagi kah?

“Cepat mandi dan bersiap!” arah tetamu yang tidak diundang itu. Mereka sudah meluru masuk ke dalam bilik tanpa dijemput. Terdorong badan Jasmine sedikit ke belakang. Barulah matanya terbuka luas. Eh, bila Alia dan Imani sampai?

Akibat tidak dapat menahan sabar lagi melihat Jasmine yang masih kebinggungan, Alia mengambil tuala di penyidaian. Badan sahabatnya di tolak ke dalam bilik air. Imani pula sibuk menyelongkar almari pakaian. ‘Buat macam rumah sendiri,’ SANGAT.

Usai Jasmine mandi dan bersiap ala kadar, mereka bertiga pun berpamitan dengan Encik Al-Yahya. Ayah Jasmine sudah sedia maklum yang tiga sekawan itu akan keluar pagi ini. Awal-awal lagi dia sudah memberikan keizinan. Lebih-lebih lagi hari ini hari cuti.

“Iman, where are we heading to?”

“Sit back and just relax, Jasmine.” Lain orang disoal, lain pula yang menjawab. Imani yang sedang memandu kereta dan

Alia yang duduk di sebelah hanya tersenyum sesama sendiri. Geram Jasmine dibuatnya. Akhirnya dia hanya mendiamkan diri di tempat duduk belakang. Pasrah.

***

“Pantai?”

“Semalam kan kau cakap kan sort out your thoughts? Tempat tenang macam inilah baru sesuai. Ini pergi berfikir tempat gelap, sunyi, berbahaya. Bukan dapat menyelesaikan masalah, lagi menjemput masalah sebenarnya.” Panjang khutbah si Alia

Imani mengangguk-angguk kepala tanda setuju.

“Jom!”

“Ke mana?” tanya Alia dan Jasmine yang mengikut dari belakang.

Soalan mereka tidak dijawab kemudian Imani mempercepatkan langkah ke persisiran pantai. Jasmine yang sudah lama tidak ke pantai, mengambil peluang mencuci mata dengan pemandangan yang indah. Angin bertiup kencang. Terbuai perasaan dibuatnya. Sungguh indah ciptaanMu, Ya Rabb…

Penat berjalan, Imani dan Jasmine duduk berehat dan berteduh di bawah pokok kelapa. Alia pula entah kemana. Haus katanya. Mencari minuman mungkin.

“Kenapa hilang orang yang kita sayang ni sakit?” tanya Jasmine tiba-tiba.

Imani tersenyum mendengar soalan berbaur luahan hati itu. “Sebab kita sangka dia milik kita, kita lupa, dia juga milik Allah,” jawabnya.

“Sampai hati dia…”

“When you allow yourself to be too attached to someone, you become weak, overly sensitive, and bruise much too easily. It’s not worth it, Jasmine.”

“I don’t know. I felt sad. It hurts.”

“Apabila kita jatuh kerana manusia, bangunlah kerana Allah. Allah adalah segalanya bagi kita,” tegur Alia dari belakang.

Plastik biru berisi dua gelas air kelapa yang baru dibeli bertukar tangan. “When Allah loves you Allah makes you endure trials. So face this trial with a smile, because deep down you know, si Dia loves you,” sambung Alia panjang lebar.

Alia lalu duduk di sebelah Yasmine.

“Sometimes heartbreak happens just to push you to Allah… you know,” tambah Imani pula.

Mata Yasmine mula berair. Bukan sedih kerana ditinggalkan oleh si dia. Tapi terharu dengan nasihat-nasihat dari sahabat yang cuba mengingatkannya tentang si Dia.

‘If it stops you from getting closer to Allah, then it needs to go’. Teringat juga dia pesan Imani minggu lepas. Ketika itu dia enggan diajak solat zohor bersama. Ada lunch date dengan Shahriqal katanya.

Firman Allah dalam surah Al-Baqarah ayat 216: ‘Boleh jadi kamu tidak menyenangi sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.’

Lama Jasmine termenung.

Alia memegang bahu sahabatnya itu. “Love someone because of Allah, Allah will make it last forever. Leave him for Allah, He will give you someone much better.”

Jasmine mengangkat muka. Dengan senyuman dia berkata, “like He gave me both of you.” Lega hati Alia dan Imani yang memandangnya.

“Jangan mencintai dia lebih dari Dia. Remember Allah comes first, Rasulullah SAW comes second, our mother comes third, father comes fourth and then the ones you love most,” pesan terakhir Imani.

Jasmine lantas memeluk dua orang sahabat yang dikasihinya itu. Bersyukur kepada illahi kerana cinta si Dia telah hadirkan mereka berdua untuknya. Mereka yang telah membuka mata hatinya untuk mengenal erti cinta yang sebenar.

Jujurkan cinta kita kepada Allah, inshaa Allah Dia akan membenarkan kita. Dia akan bantu kita dengan rahmatNya agar kita dapat lebih dekat dan rapat lagi denganNya. Allah akan hadirkan insan-insan istimewa yang membantu kita untuk sentiasa dilamun cinta padaNya..

Sesungguhnya cinta pada dia manusia hanyalah sementara,

Cintailah Allah yang Maha Esa, hanya Dia yang kekal selamanya.

Moga Allah redha.

hhh.jpg

 
 
 

コメント


Featured Review
Tag Cloud
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page