Cukuplah Allah di Hatiku
- Siti Nurdahlia Dollah
- Apr 27, 2015
- 5 min read
Maryam seorang wanita beragama Islam yang baru berhijrah (berubah) ke arah jalan kebaikan which is dulu dia seorang yang mempunyai kehidupan yang boleh dikatakan tidak menentu arah tujuan kehidupannya. Dan, dia juga sudah lama bekerja sebagai penolong kerani di sebuah syarikat pembangunan.
Maryam telah bercuti selama satu bulan dan kepulangannya dinanti-nantikan oleh rakan-rakan ofisnya dan juga kali pertamanya Allah berikan Maryam hidayah iaitu petunjuk ke arah jalan yang benar dan lurus ketika dia menghadiri satu majlis ilmu di luar negara, serta-merta transformasi Maryam yang jahiliyyah dulu bertukar dengan perubahan yang begitu ketara sekali, lagi-lagi bab caranya berpakaian. Dari tidak menutup aurat, kini dia sudah mengenakan tudung labuh dan dari memakai baju kasual perempuan dan seluar jeans ketat ke baju kurung yang agak longgar sedikit begitu juga dengan pemakaian sarung kaki dan lapis pergelangan tangan dimana rakan-rakan ofisnya agak terkejut dengan perubahan yang begitu drastik terhadap dirinya. Pada mulanya Maryam rasa agak gementar, khuatir apa pandangan rakan-rakan pejabat atau orang sekeliling terhadap perubahannya tetapi baginya “Cukuplah Allah menjadi penilaianku.” Dia berkeyakinan kerana Allah dan melangkah masuk ke ofis dengan memulakan kalimah “Bismillahirrahmanirrahim…” dan tersenyum.
Rakan-rakan ofisnya menghampiri Maryam, “How come?” “Apa yang buat kau jadi begini?” “You kena ugut pakai pakaian begini ke?” “Are you out of mind?”
Maryam naikkan nafas dan berikan senyuma pada mereka dan menjawab segala persoalan yang di acukan kepada dirinya, “Tidak ada sesiapa yang ugut aku untuk aku berpakaian begini, tidak juga ada sesiapa yang membuatkan aku berubah seperti ini dan tidak juga aku hilang akal kerana pakaian yang aku pakai ini tertutup, bukankah tertutup itu indah? Allah kan suka pada keindahan. Lagipun aku selesa berpakaian sebegini rupa. So far, Alhmadulillah Allah lah matlamat kehidupan aku dan Dia lah beri aku jalan yang terbaik setakat ini dan aku harap lepas ini aku akan tetap istiqomah dijalanNya yang lurus dan benar, dan apapun orang akan kata. Terpulanglah… aku tidak boleh menghalang halingapun untuk berkata-kata terhadap diriku walaupun dipandang hina, biarlah… Bua tapa cantik di mata manusia, tapi tidak cantik di mata Allah? Aku sedar, selama ini aku lalai. Aku lalai dalam menjalani tanggungjawabku sebagai hamba Allah di atas muka bumi ini kepadaNya. Aku terlalu banyak dosa kepadaNya, aku juga ingin meminta maaf kepada kamu semua sebab telah melihat diriku di pada masa yang lalu…”
Tiba-tiba airmata Maryam mengalir di pipinya, lekas-lekas di usapnya dengan sapu tangan yang ada di atas mejanya. “Maafkan saya, lepas ni kalau kamu tidak ingin berkawan denganku, tidak mengapa…” sambungnya lagi sambil memberikan senyumannya yang manis itu.
Rakan-rakannya khusyuk mendengar jawaban dari Maryam da nada juga rakan ofisnya yang dia rapat terharu dengan perubahannya. “Maryam, kami sayang pada kamu. Maafkan kami juga sebab banyak tanya pada kamu.” Kata salah seorang rakan ofis cinanya Hana. “It’s okay Hana..” balas Maryam. “Maryam, doakan saya jadi seperti kau ya?” kata rakan ofisnya yang dia rapat, Mia. “Aku tetap doakan Insya Allah…” balas Maryam. “Tapi Maryam, kalau zahirnya saja menutup tetapi batin (dalaman) tidak baik, bagaimana?” tanya Afifah. “Apa yang cakapkan, apa yang kita lakukan itulah yang terlahir dari batin (dalaman) kita sendiri. Tapi pesanan saya, jangan pandang siapa dia di masa lalu tetapi pandanglah dia di masa sekarang lagi-lagi saya sekarang di fasa kehidupan yang baru sekarang.” Balas Maryam.
Selesai balik dari kerja, dia bercadang sebelum pulang ke rumah dia berniat hendak memasak masakan istimewa yang dia pelajari ketika bercuti di luar negara untuk keluarganya yang dia sayangi kerana Allah. Maryam pun membeli bahan-bahan untuk dimasakinya di kedai runcit yang berhampiran dengan tempat kerjanya.
Maryam terserempak dengan sepupunya, dulu Maryam dan sepupunya ini ada krisis which is sepupunya jenis yang tidak suka tengok kebahagiaan seseorang tambahan lagi Maryam sudah berubah, Maryam tidak tahu apa pandangan sepupunya ini terhadap dirinya. Maryam pun memberi salam, tetapi diendahkan salamnya tersebut. “Balik dari belayar secara total dah berubah, manusia sekarang pandai pura-pura alim, konon-konon dialah ustazah yang terbaik kan?” sindir sepupunya.
Maryam terkejut dengan tomahan yang dilontarkan oleh sepupunya sendiri, Maryam menarik nafas dalam-dalam, menahaan sabar dan istighfar… “Astaghfirullah, kau tidak boleh cakap begitu. Aku tidak terfikir pun nak jadi alim atau ustazah.” Balas Maryam. “Jangan berdolak-dalih, berkata benar itu lebih baik! Dari dulu dah kau ni macam ni juga. Tidak tutup aurat dan tutup aurat masih perangai sama, fake!” “Terima kasih dan aku maafkan kau. Maa fi qalbi ghoirullah…” Maryam menamatkan perbualan dan meninggalkan tempat yang dia menerokai mencari bahan-bahan makanan tersebut dan pergi ke kaunter untuk membayar. “Gila itu perempuan!” sepupu Maryam marah.
Sampai saja ke kereta, Maryam masuk ke kereta dan semestinya hati perempuan automically akan cepat luluh dan dia pun menangis dan beristighfar. Maryam kuatkan hati dan mendoakan sepupunya agar Allah berikan dia hidayah dan melihat yang benar itu benar.
Pada keesokan harinya, setelah selesai solat subuh ibu Maryam mengetuk pintu biliknya dan Maryam membuka pintunya, “Kenapa bu?” tanya Maryam. “Sepupu Maryam ditimpa musibah sayang..” “Musibah? Maksud ibu apa?” “Dia mengalami kemalangan kereta semalam dan ini ibunya dimaklumkan oleh pihak polis yang sepupu Maryam terlantar di hospital separuh sedar.” “Innalillahi wa inna ilaihi rajiuun… Allahu ya Rabbi, baru kemarin petang Maryam terserempak dengannya tiba-tiba dapat berita begini. Baiklah, Maryam pergi ke hospital sekarang. Ibu ikut?” “Ibu ikut ayah Maryam sekejap lagi. Pergilah dulu Maryam, baik-baik dijalan raya ye.” “Baiklah ibu, Assalamu’alaikum…” “Wa’alaikumussalam…”
Ketika tiba di rumah sakit, Maryam ternampak kelibat sepupunya dari jauh terlantar di atas katil dan segera Maryam berlari anak kearahnya dan mendapatinya. “Maryam…?” terdengar suara kecil sepupunya memanggil Maryam. “Kenapa jadi begini?” tanya Maryam, risau. “Balasan Allah. Selepas kau pergi, aku sumpah-sumpah kau di dalam hatiku dan ketika dalam perjalanan pulang ke rumah, entah di depan mataku aku nampak gelap-gelita dan tiba-tiba badan aku terasa sakit dan mengalir darah di atas kepalaku.. sedar tidak sedar, aku sudah terbaring disini.. Aku sumpah hidup kau gelap-gelita, dan inilah balasan Allah kepada diriku yang tidak sedar diri. Maafkan aku Maryam. Kau tidak pernah jahat padaku, tetapi aku saja tidak senang tengok kehidupan kamu semua.. Maafkan aku Maryam. Aku janji lepas ni, aku tidak akan mengulangi sikap yang lama.”
Sepupunya tidak henti mengulangi memohon maaf pada Maryam. Maryam mengengga erat tangan sepupunya… “You masih ingat tak? Masa kecil-kecil, kita pergi satu anak sungai lepas tu kita sama-sama tangkap ikan kecil dengan baldi…” Maryam cuba hiburkan hati sepupunya dengan flashback kisah mereka ketika budak-budak. “Saat aku sikit lagi terjatuh ke anak sungai itu, kau cepat-cepat genggam erat tanganku agar aku tidak jatuh dan akhirnya aku disisimu sekarang…” Maryam berikan senyuman pada sepupunya, airmata sepupunya mengalir dan tersenyum… “Maryam….terima kasih menjadi sahabat dan sepupu yang baik pada aku walaupun aku banyak buat jahat pada kamu semua, kau tetap sabar dengan karenahku.” “Tidak apa-apalah, saya maafkan. Lepas ni kita sama-sama berusaha menjadi insan yang lebih baik ye. Katakan ‘Cukuplah Allah di hatiku’. Kau mesti kuat kerana Allah dan cepat sembuh ya?” nasihat Maryam pada sepupunya. “Baiklah Maryam. Saya mula katakana ‘Cukuplah Allah di hatiku’.” Balas sepupunya Narina. “Alhamdulillah”
TAMAT
Sekian terima kasih kerana meluangkan masa membaca ‘short story’ dari hamba yang kerdil dan dhaif ini, segala yang baik datang dari Allah Swt dan yang buruk datangnya dari hambaa ini sendiri.
Apapun terjadi, katakanlah “Maa fi qalbi ghoirullah” iaitu “Cukuplah Allah di hatiku”. Jadikan amalan kita setiap saat, hari, waktu dan jam. Moga bermanfaat. –Siti Nurdahlia Dollah.

Comments