Diari Antika 1
- Izzah Naqibah binti Kamis
- Apr 27, 2015
- 3 min read
“Antika, boleh kau tolong aku?” tanya Salam.
“Tolong apa tu?” hairan Antika.
“Ajarkan ku subjek Metodologi Penyelidikan. Satu pun aku inda faham.” ujar Salam.
Salam merupakan seniorku merangkumi rakan sekelasku dalam subjek tersebut. Mendengarkan permintaannya, jujur ku katakan, aku keberatan sebenarnya. Bukan apa, aku sedang mencongak waktu untuk ku menghafal semua isi matapelajaran tersebut. Banyak! Sudah tiada masa lagi sebenarnya nak terangkan satu persatu kepada Salam. Aduhai… hmm.. tolong? Tolak permintaanya?
Akhirnya aku bersetuju. Tidak apa, pujuk hatiku sendiri. Ikhlaskan sahaja. Hari ni hari orang, nanti-nanti hari aku pula.
“Pukul berapa kau mau? Tentukan tia masanya.”
“Okay, esok pagi. Terima kasih Antika.” Senyum Salam.
Keesokan paginya, aku menunggu di café seperti yang kami persutujui. Salam lewat 30 minit. Alahai.. terbuang masa sikit. Rungut hatiku.
Kelihatan Salam termengah-mengah, berlari ke café.
“Assalam, sorry, aku akhir bangun. Okay, maritah kitani mulakan pelajaran kitani.”
Aku mengeluarkan segala nota-nota yang telah dipelajari dan sedikit nota yang telah ku tulis bagi subjek tersebut. Aku terangkan satu persatu kepadanya. Aku akui, aku sebenarnya bukan lah budak pandai, Cuma biasa-biasa sahaja. Tapi tidak apa, aku kongsikan saja apa yang telah dipelajari kepadanya.
Jam sudah menunjukkan pukul 10.30 pagi. Fikiran ku kusut. Manakan tidak, aku belum hafal sepenuhnya, tambahan lagi ada beberapa tajuk yang belum habis ku ajar kepada Salam. Aku mula susah hati, hampir menangis sebenarnya. Bagaimana kalau aku tidak dapat score subjek ini? Bagaimana kalau aku tidak mendapat markah yang aku inginkan?
Salam perasan dengan kekusutan ku.
“Kenapa ni kau kusut?” tanya Salam.
“Aku belum hafal. Cemana ni?” aku menjawab dengan penuh risau. Aku seorang yang mudah susah hati atau “beruri”.
“Come on, we have 2 hours to go. You don’t have to worry about it. Relax. Tenang-tenangkan fikiranmu. Bla..bla.bla..” ceramah Salam mula kedengaran. Aku hanya mampu tersenyum sengih sahaja.
“Aku faham perasaanmu. Kau ingau kan membaca lagi untuk mu, kau ingau kan ajar arah ku lagi. Kau tau? Sebenarnya kitani inda boleh karit ilmu. Ilmu milik Allah, bukan milik kitani sepenuhnya. Aku tau aku inda pandai, that’s why aku minta tolong arah mu. Aku sudah banyak memerhatikan gelagat seorang demi seorang disini. Mula-mula tahun satu, dua, rajin berkongsi dengan kawan. Bila sudah tahun empat, masing-masing sibuk dengan thesis, masing-masing mau ia yang paling cemerlang. Sampai sanggup inda mau share ilmu dengan kawan. Supaya ia lebih cemerlang dari kawan sekelasnya. Cematu kah cara belajar?” nasihat Salam dengan penuh panjang lebar.
“Inda..” gumam ku.
“Yatah, kitani inda boleh cematu. Biar sama-sama Berjaya. Hehe.. okay, kitani teruskan belajar.”
Kami meneruskan pembelajaran kami sehingga waktu tengah hari. Sepanjang pembelajaran, macam-macam yang kami lakukan. Kadang kami menghafal dengan penuh gaya dan lakonan. Gaya kapal terbang lah, itulah, inilah. Aku juga kongsikan tips hafal poin penting dengan mengguanakan kaedah akronim.Supaya kami senang mengingatnya.
Jam 1.30 petang.
Sebelum masuk ke dewan peperiksaan, aku menemui Salam di luar dewan.
“Apa macam? Okay sudah?” tanya ku.
“In Sha Allah, boleh lah” jawabnya.
“Okay tu, ingati saja gaya kitani menghafal. Haha!” kataku untuk menenangkannya.
Beberapa bulan kemudian, keputusan peperiksaan semester 1 sudah pun keluar. Alhamdulillah, syukur Ya Allah, aku lulus dengan cemerlang. Tiba-tiba aku terkenangkan Salam. Apa khabarnya? Bagaimana dengan keputusan peperiksaannya? Mudah-mudahan lulus kesemua subjeknya. Lantas ku whatsapp Salam. Alhamdulillah, Salam lulus. Aku turut tumpang gembira.
“Terima kasih Antika. Akhirnya aku lulus.” kata Salam.
“Sama-sama, no big deal. Namanya kitani kawan. Mesti tolong-menolong.” jawab ku.
Dua tahun sudah berlalu. Aku masih ingat akan nasihat dan kata-katanya. Terngiang-ngiang dikepalaku seolah-olah baru semalam berlaku. Mungkinsimple sahaja, tapi bagiku amatlah mendalam. Kita tidak boleh kedekut dalam mengongsikan ilmu yang bermanfaat kepada orang, kongsilah bersama rakan-rakan sekelas ataupun siapa sahaja, sama-sama menuju kejayaan. Inda guna kalau kitani seorang sahaja yang pandai, tapi inda mau membantu kawan yang kesukaran dalam memahami sesuatu mata pelajaran . Jangan sampai saja nanti kelebihan kitani memahami ilmu atu ditarik oleh Allah, apa nya kitani?
Nauzubillah min zdalik!
Satu lagi persoalanku, Mungkin aku mendapat keputusan cemerlang kerana keikhlasan membantu Salam?
Wallahu ‘alam.

Comments