Kerana Allah Ku Bahagia
- Hana A’l
- May 3, 2015
- 2 min read
Hujan yang lebat di malam itu tidak menghentikan langkahku untuk terus berlari membawa lara dengan raungan yang takkan pernah berhenti. Sejak kepergian insan bernama lelaki yang selalu ku cintai selama ini, hidupku penuh dengan tangisan dan hatiku sakit. Pedih rasanya tidak terkata. Pelbagai usaha telah ku lakukan untuk mendapatkannya kembali namun harapan tinggal harapan.
Dia yang ku rasa takkan berani mencurangiku dan yang takkan pernah menyakitiku sanggup bermain cinta dengan perempuan lain. Jika ku lihat diriku dengan perempuan itu, tiada kurangnya. Apa salahku? Namun, Allah takkan mensia-siakan hambanya yang lemah. Dia yang selalu ada disisi telah menyelamatkanku dari kealpaan dunia dan maksiat.
Pada suatu hari, ketika ku sedang menangis di perhentian bas, aku nampak satu cahaya terpancar yang mendamaikan. Aku terlihat seorang perempuan yang berhijab penuh sedang berjalan dengan seorang lelaki yang mungkin suaminya sambil berpegangan tangan. Senyuman di wajah mereka tidak pernah mati. Satu perasaan dihatiku timbul. Iri. Iri kerana aku berfikir, bagaimanakah ada orang yang bisa tersenyum begitu seperti tiada masalah? Bukan itu sahaja, cahaya yang terpancar dari wajah perempuan itu juga menggetarkan sanubariku.
Entah darimana kekuatan yang ku dapat ketika itu, ku menghampirinya. Aku ingin berkawan dengannya dan aku ingin berubah. Aku rasa dia dapat mengubahku. Ketika ku mengenalkan diriku,senyumannya sedikit pun tidak lekang dari bibirnya. Sungguh mulianya makhlukmu ini ya Allah! Namanya juga indah, seperti orangnya. Aaisyah Azzahra, ya itu namanya. Keperibadiannya memang sangat ku dambakan. Semoga engkau tergolong dalam ahli syurga, ya ukhti!
10 bulan kemudian…
Tidak ku sangka, tidak ku duga.. Dia yang telah mengajarku Islam secara mendalam telah pergi meninggalkan ku. Namun ku bersyukur kerana dia sanggup mengajarku yang penuh kealpaan ini. Ku betul-betul bersyukur pada-Mu ya Allah. Insan se solehah nya bukan senang dicari. Engkau golongkan lah insan sesempurnanya dalam syurgaMu. Dialah sahabat sebenar-benarnya. Kini ku berhijab dan hatiku hanya dipenuhi dengan nama-nama Allah.
Ya Allah, aku mencintaimu lebih dari apapun. Engkau telah bukakan hatiku dan kini ku bahagia dengan cintaMu. Saat ku merasa seperti hendak mati, kau hidupkan cahaya hidayah dihatiku. Terima kasih ya Allah. Tiada kata dapat menzahirkan perasaanku. Seperti sang sahabatku yang mulia pernah berkata, “Jadikan Allah sebagai Cintamu yang teratas,nescaya Allah akan menjagamu.”
Setelah beberapa bulan, ku telah dipinang. Sungguh ku tidak tahu siapa tapi kerana percayanya aku kepada jodoh Allah, ku terima. 2 Februari 2013, ku telah selamat diijabkabulkan. Alangkah terkejutnya aku kerana lelaki itu adalah bekas suami Aaisyah. Subhanallah. Rupa-rupanya salah satu wasiat sahabatku itu untuk suaminya adalah untuk menikahiku kerana dia percaya hanya aku lah yang dapat mengisi kekosongan di hati sang suami apabila Aaisyah tiada lagi.
Sebenarnya, aku juga sudah lama memendam perasaan terhadapnya namun, aku tahu itu salah. Inilah yang dinamakan jodoh tak kemana. Mungkin sukar bagi suamiku untuk mencintaiku buat masa ini kerana kehilangan Aaisyah adalah satu tragedi buatnya. Tetapi, Alhamdulillah mungkin selepas 2 tahun kini, hatinya dapat dibukakan untukku. Kini, kami mempunyai seorang permata yang bernama Rabiatul Adawiyah. Ya Allah, engkau selamatkan masjid yang baru dibina ini dan biarlah kami melayari bahtera ini dengan berkatMu. Bahagiakanlah hidup kami sekeluarga.
Amin ya rabbal alamin.

コメント