Nadrah
- AS.
- May 4, 2015
- 6 min read
Nadrah tersenyum lega. Peperiksaan akhir tahun, baru sahaja selesai. Selepas ini mereka akan bercuti panjang pula. Setelah penat memerah otak dan tenaga mengulangkaji pelajaran, rasanya dia tidak sabar lagi untuk berehat secukupnya.
Dua hari yang lepas, ayah dan ibunya ada memberitahu yang mereka sekeluarga akan pergi bercuti ke Istanbul, Turki. Satu percutian idamannya. Gembira bukan kepalang dia dan adik-adiknya.
Terkenangkan berita yang disampaikan itu, Nadrah tersenyum sampai ke telinga. Dalam masa dua minggu lagi mereka sekeluarga akan berangkat ke Eropah.
“Nadrah!” jerkah Hana. Melatah Nadrah dibuatnya. Nasib baik sempat kontrol ayu.
Terburai ketawa Hana melihat telatah sahabatnya itu. Sakit perutnya menahan ketawa. Nadrah pula sudah merah muka menahan malu. Malu dengan orang sekeliling.
“How was the last paper?” soal Nadrah. Cuba untuk menukar topik. Dia tidak mahu terus-terusan menjadi bahan gelak tawa Hana.
Hana mencebik muka. Faham sangat dengan cubaan untuk melarikan diri itu. “Alhamdulillah, so-so.” Tangan Hana sibuk membelek kertas-kertas di dalam fail yang dipegangnya. Mencari sesuatu nampaknya. Dari posisi berdiri, Hana bercangkung pula. Nadrah yang mula ‘curious’ di sebelah Hana sibuk memerhati. Sabar menanti apa yang ingin dikeluarkan oleh Hana daripada fail berwarna hitam itu.
“Nah, cuba kau baca.” Sekeping kertas putih bertukar tangan.
Program Zero To Hero 2 “UNLEASH YOUR POTENTIAL”. Nadrah membaca kertas itu sekejap lalu. Langsung tidak berminat untuk membaca lebih lanjut.
“Aku sudah daftar, Nadrah bila lagi? Let’s go together!” kata Hana penuh semangat.
Nadrah berjeda sebentar. “Hmm… best kah?
“Inshaa Allah, inda rugi kalau join.” Berkobar-kobor Hana meyakinkan sahabat karibnya itu.
Nadrah menghampirkan kertas itu ke wajahnya sekali lagi. Dia mula membaca satu-persatu ayat yang tertulis. Four days and three nights,camp? Interesting. Komennya dalam hati.
“Bila program tu?”
“Ahad depan,” jawab Hana dengan senyuman yang manis.
Akibat terlalu teruja, tanpa berfikir panjang lagi, Nadrah terus mengangguk kepala setuju. Dia ingin sangat pergi camping!
*****
Lima hari sebelum program Zero To Hero 2 bermula, Hana menghantar pesanan Whatsapp kepada Nadrah. Hana cuma ingin bertanyakan sama ada sahabatnya itu sudah mendaftar atau belum. Terkejut Hana apabila Nadrah memberitahu yang dia belum mendaftar lagi. Dia masih binggung katanya. Binggung sama ada ingin ikut keluarganya bercuti ke Eropah atau berprogram empat hari tiga malam di hutan? Kalau boleh, dua-dua sekali dia mahu pergi.
Hampir seminggu Nadrah memikirkan mengenai hal ini. Dia ingin sangat melancong ke Turki tapi dalam pada masa yang sama, dia juga ingin menyertai perkhemahan itu. Dilema Nadrah dibuatnya.
“Tarikh tutup pendaftaran… was yesterday,” beritahu Hana sedikit sayu. Nadrah mungkin tidak akan ada bersamanya sepanjang dia berada di sana nanti.
Ternganga mulut Nadrah apabila dapat tahu yang dia terlambat satu hari. Fikirnya dia masih punya banyak masa lagi untuk membuat keputusan. Tiba-tiba dia berasa sedih dan kecewa. Baru sekarang dia sedar apa sebenarnya yang dia inginkan. Hatinya lebih cenderung untuk menghadiri program islamiah itu rupanya. Bukan bercuti ke Eropah! Bukan sama sekali.
“Hana, I got to go. I’ll call you again later.” Terkocoh-kocoh Nadrah mematikan telefon. Kertas putih yang diberi oleh Hana seminggu yang lalu dicapai. Lama kertas itu tersadai di atas meja belajarnya. Lalu applikasi Whatsapp pun dibuka. Satu pesanan ringkas dihantar kepada nombor telefon wakil muslimah yang akan mengendalikan program itu nanti. Pesanan ringkas itu berbaur soalan. Soalan sama ada masih ada kekosongan buat dirinya ataupun tidak.
Lama Nadrah menunggu jawapan untuk pertanyaannya itu. Kerana mahukan keputusan yang segera, dia mencari pula akaun laman sosial Facebook bagi kumpulan belia yang bertanggungjawab dalam program itu. Pertanyaan yang sama diajukan meskipun dia sudah membaca wall akaun itu yang ada menyatakan bahawa kemasukan bagi muslimah sudah penuh. Dia tidak akan putus asa.
Genap pukul lima pagi keesokkan harinya, barulah pesanan Whatsapp diterima daripada wakil penganjur program itu. Nadrah diberitahu yang namanya telah dimasukkan di dalam ‘pending list’ mereka. Dia hanya boleh menyertai program itu jika ada orang yang menarik diri di saat akhir.
‘Itu pun kalau ada,’ monolognya dalam hati. Dia tidak mahu mengharap lebih-lebih. Kalau ada rezeki, adalah. Salahnya juga kerana mengambil masa yang terlalu lama untuk membuat keputusan. Sekarang diri sendiri yang menyesal tak sudah.
Tengahari pada hari yang sama, dia menerima pesanan Whatsapp lagi. Disebabkan tidak percaya dengan apa yang baru dibacanya, dia membuka Facebook miliknya pula. Jawapan yang sama diterimanya. Ya, dia diterima masuk untuk menyertai program Zero to Hero 2. Alhamdulillah, dia bersyukur dalam hati. Masih tidak percaya sebenarnya. Nombor telefon sahabatnya Hana didail. Berita gembira itu dikongsi bersama. Hana turut bergembira mendengarnya.
Nadrah juga memaklumkan mengenai perkara itu pada orang tuanya. Pada awalnya, ayah dan ibunya juga tidak percaya dengan keputusan yang dibuat oleh anak sulung mereka itu. Masakan dia boleh menolak untuk bercuti ke Istanbul? Tetapi apabila melihat kegigihan si anak untuk menghadiri progam itu, mereka izinkan jua dia pergi. Biarlah Nadrah buat keputusan buat dirinya sendiri. Dia lebih tahu apa yang diinginkannya.
*****
Hari ini masuk hari terakhir program Zero To Hero 2 “UNLEASH YOUR POTENTIAL”. Sekejap lagi Nadrah akan pergi meninggalkan taman syurga ini. Hati terasa berat untuk berpisah dengan semuanya.
Syukur yang tidak terhingga buat Dia yang Maha Esa. Kerana dalam banyak-banyak orang yang ingin-namun-tidak berpeluang untuk turut serta dalam program itu, Allah pilih dia. Meskipun disaat-saat akhir dia diterima.
Sepanjang empat hari dan tiga malam itu, banyak yang Nadrah perolehi. Tidak kurang banyaknya benda-benda baru yang dipelajari. Daripada berqiyamullail, solat subuh berjemaah, tilawah, membaca al-Ma’tsurat beramai-ramai, ceramah motivasi, kuliah maghrib, makan bersama menggunakan talam dan bermacam-macam lagi. Sayu rasanya untuk tinggalkan semua kenangan manis itu.
Bermacam-macam jenis orang yang Nadrah jumpa di sana. Mulanya terasa janggal. Yes, awkward walaupun hanya untuk membalas sebuah senyuman ataupun sapaan. Tapi anehnya selepas hampir setiap hari makan, solat dan tidur bersama, rasa seperti mereka sudah kenal lama. Nadrah yang selama ini tidak gemar berpelukan walaupun sesama perempuan, dengan senang hatinya membalas pelukan para akhwat yang banyak membantunya selama program itu berlangsung. Sungguh, program ini banyak mengubah diri Nadrah.
Betapa indahnya ukhuwah yang terjalin. Sungguh, ukhuwah itu ibarat satu janji dalam hati. Tidak dapat ditulis atau dibaca, tidak seorang pun tahu. Juga, ianya tidak akan berubah dek masa. Sekejap mereka di mata, selamanya akan ada mereka di jiwa.
His plans are always the best. Nadrah ditemukan semula dengan Nufah iaitu kawan rapatnnya di sekolah menengah. Program ini menjadi saksi dimana dua jiwa ditemukan kembali oleh-Nya setelah terlalu lama mereka terpisah. Dua orang kawan rapat ini ditempatkan pula dalam kumpulan yang sama. Maha Besar kuasa Allah. Tidak terfikir oleh Nadrah mahupun Nufah untuk berjumpa dan rapat semula. Malahan lebih rapat daripada sebelumnya.
Mungkin ada sebab kenapa Allah jauhkan Nadrah dari Nufah, dan Nufah dari Nadrah dulu. Mungkin kerana dulunya, mereka tidak tahu erti persahabatan yang sebenar. Ukhuwah fillah. Persahabatan semata-mata kerana Allah rasanya jauh lebih indah, jauh lebih bermakna. Ya, persahabatan yang hadir dengan cinta Allah itu lebih kuat, lebih kukuh daripada makna persahabatan yang dia kenal sebelum ini.
“Nikmat yang paling berharga selepas nikmat Iman dan Islam, adalah memiliki sahabat yang soleh. Jika kamu mendapati kewujudan kasih sayang antara kamu dengannya, maka peganglah ia bersungguh-sungguh” – Sidina Umar Al Khattab.
Nadrah gembira melihat Nufah yang sekarang. Begitu juga Nufah. Mereka yang dulu terlalu berbeza, daripada mereka yang sekarang. Alhamdulillah. Semua ini kerana Allah SWT jua.
Betulah. Mana wujud sahabat yang berduka saat temannya mula mencari Dia. Bila namanya sahabat, tidak akan pernah kita mahukan perkara buruk untuk mereka. Dan bila namanya sahabat, memang sudah simpan impian mahu berpimpin tangan dan berjiran di syurga Allah kelak.
*****
Bukankah hati kita telah lama menyatu dalam tali kisah persahabatan Illahi. Pegang erat tangan kita untuk terakhir kalinya, hapus air mata meski kita akan terpisah jauh. Selamat jalan teman. Tetaplah berjuang mencari redhaNya. Semoga kita ditemukan kembali suatu hari nanti. Kenang masa indah kita bersama, sebiru hari keempat kebersamaan kita ini.
Sebelum bersurai, semua peserta dan fasilitator muslimah bergambar ramai. Sesudah itu mereka berpelukan sesama sendiri tanpa henti. Air hangat mula membasahi mata dan pipi Nadrah. Sayu hatinya untuk berpisah dengan wajah-wajah insan yang banyak membantunya untuk mencari cinta Allah ini. Nasihat dan kata-kata semangat diberi dan diterima, Lillahi Ta’ala.
“Teruskan perjuangan Nadrah dengan semangat dan keberanian yang cool. Semoga Allah tempatkan kita bersama lagi nanti, Inshaa Allah. Semoga Nadrah sentiasa dalam kemanisan iman dan akan istiqomah untuk nantinya hadir lagi ke taman-taman syurga seperti ini,” pesan daripada salah seorang fasilitator program itu. Semakin sedih Nadrah dibuatnya. Nadrah hanya mampu tersenyum dan mengangguk. Dia akan sentiasa ingat pesanan yang satu itu. Selamanya.
Selepas ini dia akan berseorangan pula. Tidak akan ada lagi orang yang mengejutkannya untuk berqiyamullail dan solat subuh bersama. Tidak akan ada lagi orang yang akan memarahi dan menegurnya kalau dia lalai dalam mengerjakan ibadah kepadaNya. ‘Semoga Allah terima lalu permudahkan hijrah kami ini’, doa Nadrah dalam hati.
Kadang-kadang Allah hadirkan insan-insan yang baik untuk kita, sebab kita tidak cukup baik. Dan kadang-kadang Allah akan tarik balik mereka semua, sebab Allah nak tengok, kita jadi baik sebab Dia, atau sebab manusia.
Memang waktu lalunya buruk. Memang dia yang dulu tidak sebaik kini. Dia yang kini juga belum cukup layak untuk menjadi bidadari syurga. Tetapi dia rasa yang paling penting, dia sedar. Alhamdulillah dia sudah sedar. Hanya Allah yang tahu betapa sesalnya Nadrah. Maha suci Allah, yang sukakan pengampunan dan Maha Pengampun.
Moga Allah redha.

Comments