top of page

Perjalanan

  • Dhia Faaezah
  • May 4, 2015
  • 6 min read

Untitled.png

Bagaikan pelangi selepas hujan reda Indah berseri mewarnai alam... Beburung berterbangan, riang berkicauan Tiada lagi mendung semalam...

SATU seni kata yang indah. Lirik salah satu lagu kumpulan nasyid inteam bermain di kotak fikiran Manisah.

Pelangi memang indah dengan 7 warna berbeza. Namun pelangi cuma menghiasi langit setelah hadirnya hujan. Mendung hujan selalu dikaitkan menjadi analogi bagi ujian dalam kehidupan. Hmm...

“Dah sampai ke mana? Mekkah?” usik Mukhlis dengan senyuman mengusik adiknya yang nampak termenung jauh. Dia duduk tidak jauh dari adiknya.

“Baru sampai di halaman rumah ni ha...” Manisah membalas dengan muka selamba usikan abangnya.

“Tengah fikirkan apa? Nampak jauh sangat...” soal Mukhlis prihatin. Secara tidak langsung membuka ruang si adik meluahkan beban fikiran.

“Tak ada apa...Cuma tengah fikir tentang perjalanan hidup...” luah Manisah perlahan.

“Setiap dari kita ni dah ditentukan jalan hidup masing-masing sejak kita dalam kandungan perut ibu lagi. The distance had been certain. Trust Allah plan. What we need to do is keep walking and moving. We plan but Allah’s planner is better for each of us. Sentiasa ada kebaikan di setiap perkara yang Allah tentukan.”

“Contohnya?” soal Manisah. Memang bila berbual dengan Mukhlis selalu ada sesuatu isi yang menarik.

“Contohnya, beg kita hilang waktu tengah tunggu nak naik bas. Kena beli tiket yang baru. SubhanAllah rupanya Allah nak selamatkan kita. Bas awal tu terlibat dalam kemalangan waktu dalam perjalanan. Dan kita akan lebih menghargai dan menjaga beg baru.”

“Entahlah bang...” tanpa sedar Manisah mengeluh. Dia menunduk dan memejam mata. Ada butiran jernih mula mengalir dari kelopak matanya.

“No pain no gain. Kalau nak dapatkan sesuatu yang besar memang tidak mudah. Perlukan struggle, perjuangan. Lagi-lagi kalau sesuatu tu boleh mendekatkan diri kita pada Allah dan perkara kebaikan. Syaitan akan sentiasa nak gagalkan kita dari terus melangkah dan gegarkan kebergantungan kuat kita pada Allah.” Sambung Mukhlis. Sebagai seorang yang lebih tua dari Manisah, dia juga pernah melalui fasa begini.

Mukhlis menoleh ke sebelah bila tiada respon dari adiknya. Manisah berpeluk tubuh dengan kepala di lutut menyembunyikan air mata yang mengalir dari pandangan abangnya.

“Fa iza ‘azamta fatawakkal ‘Alallah. Apabila kamu sudah berazam, maka bertawakkallah pada Allah. Minta kekuatan dan bantuan dari Allah Yang Maha Kuat. Ingat Allah saat suka dan duka. Allah suka kalau kita meminta dan mengadu pada DIA. Genggam erat tangan, bina kekuatan dan semangat dan teruskan melangkah.” Hujung ayatnya Mukhlis melafazkannya dengan bersemangat.

“It might be tough and need to struggle. Believe me. It will be worth for future. Sekejap je lagi tu. Bertahanlah. Usaha sungguh-sungguh, gigih teruskan melangkah. Bak kata Ibnu Qayyum Al-Jauziyyah: ‘Oh those who are patient, bear a little more, a little more remain’. You almost there to the finish line. Cheer up!!!” tutur Mukhlis lagi bersungguh-sungguh.

“Aku tak ingin...Kau menangis bersedih... Hapuslah air mata darimu...” spontan Manisah ketawa bila abangnya tiba-tiba menyanyi dari ketawanya yang sedikit serak, jelas Manisah sedang menangis. Mukhlis turut ketawa bila Manisah ketawa.

“Haha...Nak pinjam bahu ke? Boleh je” Mukhlis menawarkan dalam usikan. Manisah mengangkat muka mencebik.

“Bukan mudah menyusun tangga ke angkasa... Bukan mudah menggapai mimpi jadi realiti. Apapun jua biar terbukti andai langkahmu tidak terhenti...” kali ini Mukhlis mengungkap ayat motivasi melalui lirik lagu.

Kali ini air mata Manisah sudah berhenti mengalir. Dia meletakkan dagu di lutut. Mata memandang ke depan halaman rumah yang dihiasi bunga dan pokok.

“Allah uji sebab Allah sayang. Kadang ujian dengan sesuatu yang kita tak suka tu Allah bagi sebab hasil perbuatan diri kita sendiri. InsyaaAllah juga sebagai penghapus dosa bila kita redha, berlapang dada dan terus melangkah. Orang yang Allah sayang selalu diuji dengan ujian yang hebat. Bahkan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam pun menghadapi macam-macam ujian perit sewaktu menyampaikan dakwah Islam dan demi untuk mempertahankan Islam.”

Perbualan mereka terhenti bila abang sulung mereka, Muhsin baru pulang melafazkan salam. Segera mereka menjawab salam yang dihulur.

“Nampak serabut” komen Manisah diakui Mukhlis dalam diam. Dari raut wajah Muhsin Nampak serabut. Mereka membiarkan Muhsin masuk ke rumah. Mungkin penat dengan kerja di pejabat.

“Mukhlis lapang tak petang ni? Jom pergi riadah...” usul Muhsin yang muncul berdiri di muka pintu. Baju kemeja sudah dibuka. Masih ada baju lapis merah tanpa lengan dan seluar kerja di tubuh.

“Maaflah bang...Mukhlis dah ada janji dengan kawan lepas Asar nanti. Abang bawalah puteri manja ni pergi teman...” usul Mukhlis sambil memandang ke arah Manisah.

“Bagus jugak tu...Lepas Asar nanti Nisah siap kita pergi joging trek stadium...” umum Muhsin sebelum berlalu pergi ke dalam rumah.

Berkerut dahi Manisah tidak puas hati. Tangan bersilang di dada.

“Mana aci. Dengan abang elok Abang Muhsin tu tanya. Dengan orang, dia main tarik je tak tanya nak atau tak...” rungut Manisah. Mukhlis ketawa dengan gelagat adiknya.

“Ada telepatilah tu. Tak tanya tapi dia boleh tau Nisah tak ada rancangan apa-apa. Eloklah tu. Jangan nak menternak lemak dengan banyak makan...” tegur Mukhlis.

Manisah mengakui dalam diam. Apa yang dikata Mukhlis memang suatu hakikat yang betul. Sejak kebelakangan ini dia banyak makan dan kurang beraktiviti.

Seperti yang dirancang, Muhsin dan Manisah melakukan joging di padang trek stadium. Di musim cuti hujung tahun ini, tidak ramai yang pergi ke situ. Mungkin ramai yang sedang meluangkan masa bercuti ke luar negara.

Usai pusingan ke lima, Manisah berhenti sekejap ke tepi padang dengan nafas tercungapcungap. Tak mampu rasanya hendak meneruskan larian. Sebotol air 100-plus yang memang dibawa sejak awal diteguk. Cuba untuk mengembalikan sedikit tenaga.

“Berapa pusingan bang?” soal Manisah bila Muhsin menyusul berhenti di tepi trek padang. Sejak awal tadi langkah Muhsin mendahului Manisah.

“Alhamdulillah...Empat belas...”

Hampir terbeliak mata Manisah mendengarnya. Biasanya kalau mereka melakukan riadah bersama, secara purata pusingan larian abang sulungnya itu cuma sepuluh. Semakin menguatkan andaiannya yang Muhsin sedang ada masalah.

“Well done” puji Manisah. Pujiannya langsung tidak menerima balasan dari Muhsin.

“Tak semua yang kita nak, kita akan dapat. Hargai dan jangan mudah lepaskan apa yang ada dalam genggaman. Macam dalam Surah Al-Baqarah yang lebih kurang maksudnya belum tentu apa yang kamu suka itu baik untuk kamu dan boleh jadi yang kamu benci itu baik untuk kamu, sungguh Allah Maha Mengetahui.” Muhsin spontan berkata sebegitu memecah kesunyian antara mereka. Manisah rasa pelik.

“Hari tu abang ada tengok gambar kartun. Ada tiga buah rumah. Kaya, sederhana dan susah. Ada awan dialog kat rumah tengah tu ungkapan bersyukur. Moralnya, dalam hal ibadah jangan pernah rasa kita lebih baik dan banyak amalan dari orang. Tapi anggap orang tak kira muda atau tua tu lebih banyak ilmu dan lebih dekat dengan Allah daripada diri kita. Dan jangan iri bila memandang orang yang nampak senang dan bahagia dari kita. Tapi ingat juga ada orang yang lebih susah dan kurang bernasib baik dari diri kita,” sambung Muhsin tanpa mempedulikan raut wajah pelik Manisah. Muhsin sedang melakukan pergerakan renggangan badan.

“Terima kasih atas peringatan tu bang...” ucap Manisah. Dalam hati Manisah panjatkan syukur. Mungkin ini ingatan Allah buat dirinya melalui Muhsin.

“Kenapa abang tiba-tiba terfikir pasal ni?” Manisah cuba untuk mengorek isi hati si abang sulung.

“Tak ada apa...” balas Muhsin tanpa memandang si adik. Sebolehnya rahsia hatinya tidak ingin dikongsi. Lagi-lagi dia anak sulung dan lelaki.

“The distance had been certain. Trust Allah plan. What we need to do is keep walking and moving. Sampai kita dipanggil pulang, bila roh berpisah daripada jasad. Lepas tu tak perlu apa-apa. Cuma menanti dihisab dan masuk syurga je insyaaAllah. Really-really soon. Setiap hari kan waktu kita semakin singkat, kita semakin dekat dengan kematian...” luah Muhsin.

Manisah diam. Bermuhasabah dalam diamnya. Tiba-tiba Manisah senyum. Ada sesuatu menerjah fikiran.

“Abang...” panggil Manisah dengan suara meleret. Senyuman menghiasi bibir.

Dengan kening bertaut Muhsin memandang si adik. Faham sangat. Bila suara macam tu mesti ada hajat tersirat.

“Sebelum balik nanti kita singgah beli aiskrim boleh? Nisah terliur nak makan cornetto coklat. Tapi...tapi...Nisah tak bawa wallet...” pinta Manisah senyum-senyum.

“Tengoklah...” ucap Muhsin jual-mahal. Sengaja tidak memberi kata putus.

“Alah... Bolehlah... Please...” permintaan berbentuk rayuan yang Manisah ucapkan.

“Iyelah insyaaAllah... Abang nak lari satu pusingan lagi. Tunggu kejap. Nisah tu tundukkan pandangan. Jangan nak cuci mata pandang lelaki,” sempat Muhsin berpesan sebelum berlalu memulakan larian terakhir.

Manisah senyum. ‘Syukur Ya Allah... Atas semua nikmat-nikmat yang kau anugerahkan kepadaku. Betullah seperti dalam Surah Al-Insyirah. ‘Bersama kesulitan ada kemudahan’.

Manisah bersyukur meskipun perjalanan hidupnya banyak berliku tidak berjalan lancar seperti yang diharap dan diimpi, tapi sangat banyak nikmat-nikmat lain yang Allah kurniakan pada dirinya seperti hidup di negara aman, ada makanan dan minuman yang cukup, ada tempat tinggal dan punya keluarga yang akrab sesama ahli. Alhamdulillah, Alhamdulillah dan Alhamdulillah.

‘Maka nikmat Allah yang manakah yang kamu dustakan?’ (Surah Ar-Rahman)

 
 
 

コメント


Featured Review
Tag Cloud
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page