top of page

Ukhwah Fillah

  • Siti Nurdahlia Dollah
  • May 4, 2015
  • 9 min read

Untitled2.png

Husna dan Arina sudah lama bersahabat selama 12 tahun sejak kecil lagi sehinggalah mereka berpisah, Husna bekerja sebagai guru tadika dan Arina pula bekerja sebagai penyambut tetamu operator di sebuah bangunan kerajaan yang terletak di Airport Lama, Brunei Darussalam. Sejak mereka berpisah mengikut haluan masing-masing, mereka masih berhubung melalui WhatsApp dan jarang sekali mereka berjumpa disebabkan jadual yang begitu padat. Husna tidak lama lagi akan melangsungkan pernikahan dengan seorang lelaki yang dipilih oleh ibu bapanya sendiri, seorang yang beragama, mempunyai akhlaq yang cukup baik, menghormati orang tua dan aktif dalam bidang menyebarkan dakwah di masjid-masjid yang berada di Brunei Darussalam. Manakala Arina pula masih dikatakan ‘complicated’ hubungan yang tiada kesudahan dengan teman lelaki yang pernah mengkhianatinya tetapi kerana lelaki tersebut muncul semula ke dalam hidupnya dan memberikan harapan yang tinggi terhadap Arina untuk menikahi Arina maka Arina percaya sebulat-bulatnya dengan teman lelakinya ini walaupun hubungan mereka kadang kalanya ada turun dan naiknya.

Arina seringkali mengadukan masalahnya dengan teman lelakinya kepada Husna, dan Husna sebagai sahabat dia menasihati Arina agar berfikir lebih dalam untuk membuat sebarang keputusan untuk bersama teman lelaki Arina di masa akan datang (bernikah) kerana Husna sendiri tahu bagaimana perangai teman lelaki Arina ini sejak dari dulu lagi, kalau pun diberi peluang banyak kali pun tidak mustahil dia akan buat perkara yang sama apatah lagi dia pernah menyakiti Arina dan memukul Arina kerana cemburu buta terhadap Arina. Salah satunya juga Arina mempunyai wajah yang cantik dan lemah lembut. Dengan kecantikannya itulah lelaki mudah saja ambil kesempatan terhadap dirinya.

Arina menelefon Husna pada waktu malam.

Arina: Assalamu’alaikum Husna, awak sibuk?

Husna: Wa’alaikumussalam Arina, baru saja selesai buat kerja sedikit. Sekarang dah tidak sibuk lagi. Kenapa Arina?

Arina: Maaf, perkara yang sama juga… Teman lelaki saya Fahmi, kami bertengkar baru tadi.

Husna: Apa yang membuatkan kamu bertengkar lagi Arina?

Arina: Saya rasa tidak sedap hati, sebab selalunya kalau dia balik kerja, dia akan terus hubungi saya dan WhatsApp saya. Ni saya tertunggu-tunggu tapi nampak online, jadi saya text yang “awak ni mesti ada simpan perempuan lain, mana tahu kan?” Jadi dia terus naik angin dan cakap saya selalu berburuk sangka. Saya tidak tahulah apa lagi nak buat, kadang-kadang macam sukar saya nak percayakan kata-kata dia, kadang-kadang dia okay. Mungkin saya yang ada masalah jiwa?

Husna: Hmmmm… Saya pun dah banyak kali berpesan pada awak, apa-apa yang meragukan awak lebih baik awak tinggalkan kerana Allah. Kita tidak rugi jika kehilangan sesuatu kerana Allah, who knows Allah akan gantikan yang lebih baik buat kita? Awak pun dah tahu perangai dia dulu macam mana, takkanlah awak terima dia dan terus percayakan dia bulat-bulat? Ini lagi, Fahmi cakap tunggu ekonomi stabil nak ajak awak nikah, seorang lelaki yang beriman dan berfikiran matang dia takkan buat seorang wanita tertunggu-tunggu dan ajak awak bercinta sebelum nikah. Saya cuma sarankan awak lakukanlah solat isthikarah, minta petunjuk dari Allah, mana tahu Allah akan berikan petunjuk yang lebih baik untuk Allah. Jangan tangguh-tangguh lagi, Allah beri awak banyak peluang untuk cari solusi tersebut, bukan susah pun kan? Bangun tengah malam, ambil wudhu dan solat 2 raka’at dengan penuh khusyu’, jangan pernah putus asa dari rahmat Allah Swt. Saya sebagai sahabat, memang betul-betul nak tolong awak, tapi awak kena tolong diri awak juga. Saya nak tengok awak yang dulu, perempuan yang jual mahal pada mana-mana lelaki yang ingin mendekati diri awak kecuali lelaki yang mendahulukan Allah, lelaki yang boleh membimbing awak ke jalan yang benar dan lurus, lelaki terhormat yang terus maju datang kepada ibu bapa awak, itu yang bagus Arina… Memandangkan awak lebih tua dari saya, awak boleh berfikir dengan waras dan matang untuk kebaikan masa depan awak, kebaikan untuk bakal anak-anak awak setelah awak bernikah. Fikir lebih panjang dan lakukanlah solat isthikarah ye Arina?

Arina: Sob…. Sob… betapa bodohnya saya ini kan Husna? Kenapalah saya gunakan akal ini ikutkan nafsu di dalam diri saya? Padahal awaklah sahabat yang banyak mengingati saya kepada kebaikan, tetapi saya endahkan semua itu kerana bagi saya, Fahmi lah saja lelaki yang boleh mengubah kehidupan saya dan bagi saya, awak saja yang lurus dan awak tu banyak cakap dan penyibuk. Wallahi, saya cakap begitu di dalam hati bila awak nasihatkan saya. Maafkan saya Husna…. Saya banyak bersalah pada awak. Banyak dosa kepada awak.

Husna: Ingat pesan saya? Apapun terjadi dan berlaku, saya takkan putuskan hubungan yang dibina kerana Allah, tali ukhwah ini akan saya genggam hingga ke Jannah, Insya Allah dan saya maafkan awak dari dulu lagi walaupun awak tidak buat apa-apa kesalahan pada saya pun… Jangan bimbang. Mintalah keampunan dari Allah Swt, Dialah yang berhak awak sembah dan memohon keampunan dariNya Arina. Dialah Yang Maha Penganpun lagi Maha Mengasihani.

Arina: Sobs… Sobs… (tangisan Arina tidak henti-henti)….

Setelah selesai berhubung dengan Husna. Arina menerima satu mesej dari Fahmi.

My love Fahmi:

Hi baby, I’m sorry for everything… I promise I won’t hurt you anymore and lie to you.

Yours faithfully, Fahmi.

“Perlukah saya balas mesej Fahmi ni?” bisik hati Arina.

“Arina… awak rasa syok ke kalau berbalas-balasan sms, text, WhatsApp dengan lelaki yang belum halal dengan kita tanpa urusan yang sangat penting? Awak tak rasa hambar dengan nikmat cinta sebelum nikah? Hampir 100% di dunia ni, yang dah berkahwin yakni cinta sebelum nikah yang tidak menjaga hubungan sebelum nikah lagi, setelah nikah dalam 2 ke 3 minggu atau sebulan ke 5 bulan, hubungan mereka terasa hambar. Mengapa? Disebabkan mereka telah pun menjalinkan hubungan yang tidak diredhai oleh Allah Swt sebelum nikah, mana tidaknya… sebelum nikah dah cakap I miss you, I love you, hantar gambar, berpegangan tangan, bergambar berduaan, berjalan berdua-duaan, dan macam-macam lagi. Tidak ada lagi rasa malu setelah itu sebab dah merasai nikmat cinta yang tidak diredhai Allah sebelum nikah, rasa nikmat selepas nikah pun dah semakin pudar dari masa ke semasa dan hambar serta masing-masing sibuk dengan hal sendiri kecuali mereka yang bertaubat dengan sebenar-benar taubat, bilamana mereka dapat tahu hubungan mereka sebelum nikah itu memang totally not so nice, maka suami isteri tersebut pun bertaubat dan mengubah atau membentuk hidup mereka ke arah kebaikan, Alhamdulillah orang-orang sebegini memang bertuah dipilih Allah kerana diberikan kesedaran selepas nikah. Ada sesetengah orang macam ni, dan ada kebanyakan manusia tidak mahu mengubah kepada kebaikan. Ini dari kajian yang saya dan kawan-kawan saya lakukan dulu, yang kami kaji selidik dan soal siasat hubungan sebelum dan selepas nikah. Kita kalau nak bina sebuah mahligai rumahtangga atau membina masjid ni dan nak sebuah hubungan yang ada barokah di dalamnya, tenang dan damai.. Jadi dari sinilah kita mulakan untuk mengubah hidup kita menjadi super muslim/ muslimah yang awesome! Mahalkan dirimu.” terngiang-ngiang seketika dengan kata-kata yang pernah diucapkan oleh Husna suatu ketika dulu apabila Arina asyik dengan keseronokan cintanya dengan Fahmi dulu.

“Ya Rabb, jahilnya aku. Terima kasih ya Allah kerana hadirkan sahabat sebaik Husna di dalam kehidupan saya, kalau tidak sampai sekarang saya tiada hala tujuan nak pergi mana.” Bisik hati Anira.

*****

Dua minggu kemudian.

Arina tidak lagi berhubungan dengan Fahmi, Arina membiarkan segala sms, text dan WhatsApp dari Fahmi dan langsung Arina tidak membalasnya.

Arina menunggu kehadiran sahabatnya di sebuah restoran kopitiam yang terletak di Citisquare, Brunei Darussalam sambil memesan minuman teh tarik. Belum lama kemudian, Husna pun datang dengan wajahnya yang berseri-seri setelah bernikah seminggu sebelumnya dan masih ada inai di jarinya.

“Assalamu’alaikum Arina..” sapa Husna dengan memberikan senyuman yang manis kepada sahabatnya Arina.

“Wa’alaikumussalam Husna, sila duduk. Pesanlah minuman.” Balas Arina dengan penuh kegembiraan.

“Saya tumpang gembira diatas kebahagiaan yang awak miliki sekarang Husna…” sambung Arina.

“Masya Allah, Alhamdulillah wa Astaghfirullah, kebahagiaan itu milik Allah dan bersamaNya kita semua akan merasa kebahagiaan tersebut. Terima kasih Arina sebab banyak tolong di majlis pernikahan saya.” Balas Husna merendahkan dirinya bila dipuji.

“How I wish I can be like you dari dulu sampai sekarang kan?” kata Arina mengesali akan dirinya.

“Jangan cakap macam tu, awak berubah sekarang ni pun awak dah beruntung sebab Allah mengembalikan Arina yang dulu dan saya doakan awak tetap istiqomah and no turning back ye.” Balas Husna memberikan keyakinan pada diri Arina.

“Insya Allah, tapi bukankah kalau kita dah berubah kerana Allah, Allah akan hadirkan lelaki yang baik untuk kita?” tanya Arina.

“Allah.. awak ni Arina, takkanlah kita terus berubah kerana Allah, Allah nak berikan seorang lelaki yang baik tiba-tiba muncul di depan mata kita? First thing first, niat buatlah setiap perkara kerana Allah, jangan fokus untuk dapatkan yang terbaik saja, tapi jadilah hamba Allah yang terbaik untukNya dulu. Tentang jodoh kemudian awak fikirkan Arina. Terlalu banyak nikmat yang Allah berikan kepada awak, bukan sahaja setakat dengan lelaki yang Allah simpankan untuk awak… cuba tengok sekeliling awak, apa yang nikmat Allah terlah berikan kepada awak?” kata Husna.

Arina pun sibuk melihat sekelilingnya, yang dia tengok adalah kerusi, meja, tv, pelayan, pelanggan, makanan, minuman dan banyak lagi…

“Banyak yang saya tengok sekarang termasuk awak dan teh tarik saya ini hehe.” Gelak Arina.

“Bijak!” balas Husna.

“Maksudnya?” tanya Arina kebingungan.

“Teh tarik itu pun juga merupakan satu nikmat dari Allah, rezeki dari Allah. Sedapkan?” kata Husna.

“Ha’ah mestilah sedap.” Balas Arina dengan ringkas.

“Alhamdulillah syukur nikmat yang Allah telah berikan kepada awak dan juga apa yang awak cakapkan tadi tentang awak tengok saya, awak kena bersyukur juga sebab Allah takdirkan kita berdua sejak kecil menjadi sahabat yang baik sampai sekarang, ini pun nikmat yang terbesar dari Allah… dan saya pun bersyukur memiliki sahabat yang baik seperti awak…” terang Husna lagi.

“Masya Allah….” Tercungap-cungap terus mulut Arina dengan penjelasan Husna.

“Saya ringkaskan saja maksud semua tu, jadi dalam ertikata yang lain, walaupun Allah belum berikan jodoh untuk awak dalam masa terdekat ni, Allah dah pun gantikan dengan yang lebih baik, Allah gantikan dengan rezeki yang melimpah-limpah pada awak, keluarga yang memahami awak, kerja yang bagus, kereta yang cantik, kelembutan sikap awak dan banyak lagi.. semua tu Allah dah bagi banyak nikmat rezeki pada awak Arina. Awak sangat bersyukur tau, tidak semua orang sama seperti kehidupan awak sekarang. Mungkin di luar sana struggle dengan mencari pekerjaan sekarang, tapi awak disini Allah bagi pekerjaan yang dapat awak bantu keluarga awak, kereta awak dan macam-macam lagi Arina…” sambung Husna.

Tiba-tiba di restoran tersebut dipasang dengan musik winter sonata yang menyedihkan, tersentap terus perasaan Arina.

“Allah sayangkan awak Arina melebihi seorang ibu menyayangi anaknya… you must know that Arina…” Husna memegang erat tangan Arina di atas meja.

“And, I love you because of Allah Swt too…” sambung Husna tersebak dengan airmata Arina yang jatuh dan mengalir di pipinya.

“Musik ni buat saya sentap terus, syukran jazilan Husna. Awaklah sahabat baik saya dunya wa akhirah, amin.. I love you too because of Allah Swt…” kata Arina sambil mengesat airmatanya di pipinya.

Kemudian mereka berdua pun beredar dari restoran kopitiam tersebut dan…

“Husna! Tengok tu.” Arah Arina memberi isyarat tangan di sebelah kanan Husna.

“Apa dia Arina? Nak saya tengok sebelah kanan saya ke?” tanya Husna dan mereka berdua tercegat di depan pintu masuk restoran kopitiam tadi.

“Fahmi dengan perempuan lain…” balas Arina.

“Biar betul?” Husna pun menoleh, tetapi Fahmi dan perempuan tersebut tidak menyedari mereka berdua dari jarak jauh.

“Astaghfirullah….” Kata Husna beristighfar.

“And, now we know the truth and the true colors of Fahmi. He’s not a good guy or the right man for you. Like I said, Allah knows what the best for you dunya and akhirah and now Allah shows us Arina… Saya harap awak tidak bersedih hati. Just let it go….” Pesan Husna kepada Arina.

“Saya cuma sedih pada perempuan itu saja, saya tidak tahu apalah nasibnya selepas ini kalau mengetahui Fahmi seorang yang menipu dan kaki perempuan. Nasib baik saya belum terlambat untuk semua itu. Alhamdulillah. Betul kata awak Husna, Allah tahu apa yang terbaik untuk saya. Saya bersyukur sekarang. Inilah hikmah semuanya. Alhamdulillah. Saya pun tidak mahu buang masa berfikir tentang dia dan tentang jodoh buat seketika waktu.” balas Arina dengan rasa lega setelah nampak di depan mata.

“Jom pulang.” Sambung Arina.

“Jom.” Sahut Husna.

*****

2 tahun kemudian.

Husna disahkan mengandung dua bulan hasil penantiannya bersama suaminya setelah bertahun menunggu akhirnya Allah izinkan Husna mengandung.

“Alhamdulillah Husna, saya tidak sabar jadi aunty kepada anak awak.” Balas Arina ketika menziarahi Husna di rumah Husna dan suaminya.

“Arina, saya nak beritahu awak sesuatu….” Kata Husna sambil tersenyum.

“Beritahu apa Husna?” tanya Arina tertunggu-tunggu.

“Saya dan suami bercadang nak perkenalkan awak dengan abang ipar saya, abang ipar bersetuju. Kalau Arina dan mak serta ayah awak setuju minggu ni kami nak memasuk minang awak…” terang Husna.

“Seriously? Eh betul ke? Saya macam tak percaya je….Urmmm..” Arina tidak tentu arah dan tersipu-sipu malu.

“Ye, betullah. Takkan saya nak tipu. Dah lama kami nak jodohkan kamu berdua tapi mungkin Allah belum mengizinkan saya untuk menyampaikan hasrat ini. Lagipun saya kenal abang ipar saya ni bukan calang-calang orang tau, he’s a good man for you. Yang penting beragama dan akhlaqnya baik. Saya pasti your parents mesti suka punya.” Kata Husna.

“Saya kena isthikarah dululah jika benar dia yang Allah pilihkan untuk menjadi pendamping hidup saya, saya akan khabarkan kepada ibu bapa saya.” Balas Arina.

“Tidak jadi masalah, itu lebih baik. May Allah ease everything, amin….”

“Amin….”

Dengan izin Allah, setelah melakukan solat isthikarah banyak kali akhirnya betul firasat hati Arina lelaki (abang ipar Husna) adalah pilihan Allah yang terbaik untuk dirinya. Dengan Bismillah, Arina pun memaklumkan kepada orang tuanya dan orang tuanya setuju dan Arina khabarkan berita gembira tersebut kepada Husna dan minggu hadapannya mereka memasuk meminang (merisik) terus tanda bertunang (khitbah dalam Islam) di antara pihak keluarga Arina dan Husna saja. Dalam tempoh pertunangan tersebut, mereka (Arina dan khitbahnya Aiman) saling menjaga pergaulan (ikthilat), berhubung di awasi oleh orang pertengahan iaitu Husna dan suami Husna sendiri dan selama 4 bulan tempoh pertunangan akhirnya dengan izin Allah juga Arina diijab kabulkan dengan Aiman dalam ikatan yang halal dan majlis yang serba sederhana yang penuh barokah.

“Husna, di akhirat kelak saya akan menjadi saksi kepada Allah bahawa awaklah sahabat yang banyak membantu saya untuk banyak mengingati Allah, Allah dan Allah… saya tidak pernah menyesal mempunyai sahabat seperti awak. Moga ukhwah fillah yang dibina ini mampu menjadi syafaat di akhirat kelak, amin ya Rabbal’alamin…” kata Arina kepada Husna.

“Amin ya Rabb, begitu juga dengan saya Arina. Ukwah fillah untuk selama-lamanya.” Akhir kata dari Husna.

Akhirnya persahabatan itu kekal sehingga penamat kisah kehidupan mereka berdua.

Maka carilah sahabat-sahabat:- 1. Seseorang yang apabila kamu melihatnya, kamu akan teringat kepada Allah. 2. Apabila kamu mendengarnya berbicara, pengetahuanmu mengenai Islam akan bertambah. 3. Dan apabila kamu melihat kelakuannya, kamu akan ingat Allah.

 
 
 

Comments


Featured Review
Tag Cloud
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page