top of page

Mencari Cahaya

  • Anissya
  • May 6, 2015
  • 4 min read

Angin petang bertiup lembut. Membuatkan langsir di dalam bilik Khaira beralun lembut. Menyamankan rasa tubuh yang sedang kepanasan. Tapi sayangnya..ianya tidak dapat mendamaikan rasa gelisah yang sedang melanda hatinya. Dia merasa kosong.

“Assalamu’alaikum Khaira!” tegur Husna.

“Wa’alaikumussalam Husna” jawab Khaira sambil tersenyum kepada sahabat baiknya itu. Husna mengambil tempat duduk bersebelahan dengannya.

“Termenung jauh nampak. Apa yang sedang anti fikirkan?” tanya Husna sambil memeluk tangan Khaira.

Khaira termenung sejenak. Memikirkan bagaimana caranya nak menuturkan ayat yang sedang cuba disusunnya dalam fikirannya. “Tak tahulah anti. Fikiran ni serabut sangat, hati pun tak tenang.” luah Khaira. Dia memang tak dapat simpan rahsia daripada sahabat baiknya itu. Hanya Husna yang selalu menemaninya dikala suka dan duka.

“Hmm.. ada masalah apa ni? Cuba cerita kat ana. In shaa Allah ana sedia mendengarnya.” kata Husna sambil tersenyum. Sesekali kedua kakinya diayun untuk menghilangkan rasa bosan.

“Hati ni.. rasa macam ada benda yang kurang. Terasa kosong sangat..”

Husna terdiam sejenak sebelum akhirnya dia mendapat satu idea. “Jadi sebab tu lah anti termenung sorang-sorang kat dalam bilik ni ye? Jom temankan ana keluar pergi hiking. Tak boleh tolak tau.” kata Husna sambil menaikkan jari telunjuk kanannya.

Khaira tersengih. “Okay kejap. Nak pergi bersiap dulu.” Dia terus bersiap secara ala kadar sahaja.

“Jangan lupa pastikan aurat semua tertutup ye cik adik manis. Hehehe.”

“Ye sayang~ terima kasih kerana mengingatkan ana.”

Mereka pun bersama-sama mengorak langkah menuju keluar dari kolej kediaman Muslimah. Beberapa minit selepas itu, mereka pun sampai di taman yang berhampiran dengan kawasan kolej mereka dan terus menuju ke tempat khas yang disediakan untuk hiking. Sebelum itu mereka memanaskan badan terlebih dahulu.

“Okay jom! Bismillah..” Husna memulakan langkah untuk menaiki bukit itu. Khaira mengikutinya dari belakang. Khaira baru pertama kali pergi hiking, jadi dalam sekelip mata dia dah letih, sedangkan Husna, ia sudah menjadi kebiasaannya.

“Husna! Tunggulah ana. Tak larat ni.” teriak Khaira sambil mengambil nafas baru. ‘Curamnya bukit ni, susah nak panjat. Lama lagi ke nak sampai? Letih!’ katanya dalam hati.

“Baru sekejap je dah pancit eh?” kata Husna sambil menahan ketawa.

Khaira buat muka tak puas hati. “Anti ni kan, nak perli orang lah tu.”

Husna memaut lengan Khaira. “Yelah yelah, janganlah nak merajuk pulak. Tak comel lah nanti haha. Jom pergi sama-sama.”

Sesekali mereka berjalan, ada masanya mereka berlari-lari anak kerana mahu menjimatkan masa dan tidak mahu ketinggalan melihat suasana matahari terbenam.

45 minit berlalu. Akhirnya mereka sampai di atas puncak bukit.

“Waah..” hanya satu perkataan itu yang mampu diungkapkan oleh Khaira sebaik sahaja sampai di atas puncak bukit itu. Mereka terus duduk untuk merehatkan badan. Pemandangannya sungguh mengagumkan dan sangat memukau mata! Allahu..

Husna hanya tersenyum melihat kerenah sahabatnya itu. “Subhanallah.. indahkan ciptaan Allah ni anti? Apa yang sedang anti rasa sekarang ni?”

Husna menoleh sambil tersengih. “Cantik sangat lah anti. Hati pun rasa tenang. Terima kasih sebab bawa ana tengok pemandangan yang menakjubkan ni.”

“Alhamdulillah.. anti tahu tak, sebenarnya dari permulaan kita hiking tadi sampailah kat atas puncak bukit ni ada pengajaran yang kita boleh dapat.”

“Eh yeke? Tak perasan pun.” Khaira terkejut dengan kenyataan sahabatnya itu tadi.

“Iyee. Cuba anti teka.” Husna berteka-teki. Saja nak pancing minat Khaira dan untuk membuatkannya berfikir di luar kotak.

“Em.. kalau nak sampai ke puncak kena berusaha bersungguh-sungguh?” Khaira sekadar serkap jarang.

“Ha betul! Macam tu jugaklah kalau kita nak dapatkan syurga Allah. Kena ada usaha iaitu dengan berusaha mengikuti perintah-Nya dan meninggalkan larangan-nya. Ana ada terjumpa satu kata-kata ni, ‘Path to Jannah is not much easy, but keep striving and have faith in Allah. Success will be all yours’. Memang menusuk ke dalam kalbu kan lepas dengar?” kata Husna sambil melihat pemandangan yang tersergam indah di hadapannya.

“Hm yelah.. dan satu perkara lagi yang ana baru sedar, bila kita nak tenangkan hati dengan membuat benda yang berunsur keduniaan contohnya dengan tengok movie, dengar lagu.. hati tu tenang sekejap je, kadang memang tak tenang langsung. Berlainan dengan bila kita nak tenangkan hati dengan tengok keindahan alam ni je.”

“Inilah salah satu tanda-tanda kebesaran Allah Khaira. Keindahan ciptaan Allah ni takkan pernah tersaingi oleh ciptaan manusia. Sebab Allah Maha Besar, Allah Maha Berkuasa ke atas segala sesuatu dan Allah Maha Sempurna. Kalau nak tahu macamana kesempurnaan Allah, cuba tengok ciptaan-Nya. Contohnya, alam ini. Sempurnakan? Tapi Allah lebih sempurna daripada semua tu. Allahu Akbar!”

Khaira terpegun mendengarnya. Kini matanya benar-benar terbuka, minda kembali sedar. Dia berasa segar dan bersemangat kembali.

“Hati kita bila kosong, jangan isinya dengan benda keduniaan. Sebab bila kita isi hati kita dengan dunia, nescaya ia akan penuh dengannya. Jadi, di mana tempat Allah dalam hati kita? Ke mana perginya hal akhirat? Sebab tulah adanya doa yang berbunyi ‘Ya Allah letakkan dunia ini di tanganku, dan akhirat di dalam hatiku.’ Ini supaya kita tidak terlalu terikat dengan dunia. Biasalah manusia kan, mudah terlalai dan alpa dan lebih cenderung kepada benda-benda yang menyeronokkan, dah memang fitrah manusia.” terang Husna dengan panjang lebar. Khaira hanya diam sambil mencuba untuk mencerna apa yang Husna sampaikan.

“Bila hati rasa kosong, sebenarnya hanya Allah yang mampu mengisi kekosongan itu. Jadi, bila ada rasa macam tu timbul, isilah ia dengan makanan yang sesuai. Sebagaimana tubuh badan kita perlukan makanan, hati kita pun perlukan makanan jugak iaitu ‘vitamin hati’ untuk recharge iman yang sedang tenat dan ‘vitamin hati’ kita ialah segala ilmu yang mendekatkan kita kepada-Nya” Tambah Husna lagi.

Mata Khaira mula berkaca-kaca. Akibat tidak tertahan lagi, air mata tumpah dengan sendirinya. Dia mengusap airmata yang semakin deras menuruni pipi.

“Terima kasih Husna atas perkongsian anti. Ianya benar-benar membuat saya sedar, membuat ana kembali memuhasabah diri sendiri. Dan apa yang ana nampak ialah, bila hubungan dengan Allah tak dijaga, macamana hati nak tenang kan? tutur Khaira tulus dari hatinya.

Husna kembali memeluk sahabatnya itu. Erat.

“Takpe, tu semua ilham dari Allah, ilmu Allah. Allah sebenarnya sedang membantu anti melalui ana sebagai orang tengah. Alhamdulillah.. lepas ni bila ana ada buat salah tolong tegur ye. Ana pun banyak kekurangan jugak. Tak semestinya bila ana macam ni ana adalah yang terbaik. Hakikatnya, manusia itu sering melakukan kesalahan dan sangat-sangat memerlukan nasihat dan peringatan.”

“In shaa Allah.. sama-samalah kita saling ingat-mengingati dan saling tegur-menegur bila ada salah. Anti memang sahabat ana dunia akhirat. Uhibbuk Fillah..” luah Khaira.

“Uhibbuk Fillah jugak.” Balas Husna sambil memeluk Khaira dengan erat sekali. Rasa hatinya hanya Allah yang tahu.

cahaya_edited.png

 
 
 

Comentários


Featured Review
Tag Cloud
  • Facebook B&W
  • Twitter B&W
  • Google+ B&W
bottom of page