Ghuraba
- Anissya
- May 9, 2015
- 2 min read
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh. Semoga semua orang berada dalam kemanisan iman dan di bawah hidayah dan petunjuk Allah selalu. Aamin :)
Ghuraba..
Apa dia ‘Ghuraba’?
Kamu pernah dengar term 'Ghuraba'?
***
Ghuraba means asing. Tapi apa yang saya maksudkan disini ialah orang-orang asing. Jadi maksudnya? Adakah ianya bermaksud orang asing yang bukan satu negeri dengan kita?
Dah tentu bukan. Yang ini maksudnya 'asing' dari satu sudut yang lain. Asing macam mana tu? Cuba perhatikan hadis ni;
"Rasulullah S.A.W pernah bersabda: Islam itu datang dalam keadaan asing, satu hari nanti ia akan kembali asing, maka beruntunglah orang-orang yang asing, pada ketika Islam menjadi asing. (HR Muslim)"
Siapakah dia orang-orang yang asing itu? Mereka tidak sama dengan kelompok manusia pada masa kini yang keadaannya ma shaa Allah...tersangat lalai (P/s: Bukan semua orang) . Mereka ini berbeza, dan mereka menjadi seorang yang istimewa di sisi Tuhannya. Sebab tujuan mereka hanya satu iaitu keredhaan Allah..
Mereka adalah orang-orang yang istiqamah dalam menegakkan agama Allah di muka bumi, yang tetap berbuat baik ketika manusia masih dalam keadaan lalai dan hanyut dengan dunia mereka sendiri. Dan disebabkan inilah, orang ramai menganggap mereka ini adalah orang-orang yang aneh. Kerana apa? Kerana mereka dan cara hidup mereka sangat berbeza!
Orang-orang aneh inilah yang membawa manusia kembali kepada Tuhan semesta alam iaitu Allah. Dan merekalah yang membantu agama dengan menyebarkan banyak kebaikan di muka bumi ini.
Jangan anggap mereka ini kuno, ketinggalan zaman dan sebagainya walaupun cara pakaian tidak mengikut trend, tidak pandai bergaya, terlalu sibuk dengan dakwah dan etc. Tetapi ketahuilah bahawa sesungguhnya mereka akan bergembira di akhirat kerana mereka berusaha membantu agama Allah.
Islam pada mulanya datang dalam keadaan yang asing. Setelah berlalu beberapa lama, ia tidak menjadi asing lagi. Tapi pada akhir zaman ini, Islam menjadi asing kembali. Kenapa demikian? Kerana pada masa ini, Islam itu sendiri telah cuba ditarik atau diceraikan dari seorang Muslim. Islam tidak lagi menjadi cara hidup sebaliknya ianya dibataskan hanya pada masjid, sekolah-sekolah agama dan sebagainya.
Jadi.. khas untuk para Ghuraba Ansorullah, jangan bersedih kerana sesungguhnya Allah telah memilih kamu untuk menjadi semakin dekat kepada-Nya. Walaupun semua orang yang berada di sekeliling kamu tidak sehaluan atau sefikrah dengan kamu kerana sebenarnya di luar sana ada ramai orang yang memang sama macam kamu.
Kamu sedang berjihad fii sabilillah jadi jangan mengalah! Teruskan berjuang! In shaa Allah syurga adalah ganjarannya. Usah dikejar redha manusia, tapi kejarlah redha-Nya.

Comments