Mencari Cinta
- Double e
- May 9, 2015
- 4 min read
بسم الله الرحمٰن الرحيم
“Ya Allah, Kau temukanlah aku dengan jodoh yang akan mendekatkan diriku kepadaMu.” Alia mengaminkan doanya. Lama dia termenung memikirkan perkataan ‘jodoh’. Masih terlalu muda dirasakan bila berfikir mengenainya.
Dia bangun lalu mencapai kitab Allah, al-Quran. Dia membacanya dengan penuh tekun dan bertajwid. Sungguh merdu kedengaran setiap kalimah yang dibacanya. Sejurus bunyi azan subuh dilaungkan dari masjid yang berdekatan, dia berhenti lalu bersiap untuk menunaikan fardhu subuh. Itulah solat tahajjud yang begitu hening baginya sejak sekian lama.
***
“Baiklah, jangan lupa lupa buat homework!” Lantang suara Alia memberi pesanan buat anak muridnya yang sudah riuh bergegas hendak pulang. Kelas tuisyen diwaktu malam adalah kerja separuh masa sementara belajar di universiti. Minatnya mengajar begitu mendalam sehingga kepenatan terasa nikmat yang teramat.
“Jangan lupa esok, ada lagi dua orang murid yang akan masuk your class.” Bos tempat tuisyen tersebut sempat mengingatkan. Alia hanya mengangguk.
***
“Alia, dah siap assignment haritu?” Seorang sahabat bertanya.
Dia mungkin saja lupa, tapi rasanya lambat lagi nak sampai due date, fikir Alia. “Baru separuh aku siapkan. Bila Prof suruh hantar?” Dia cuba memastikan.
“Lusa.. In shaa Allah sempat tu, kalau harini kau habiskan.” Jawab dia selamba.
Ya Allah, terlupa! Jadi burung hantulah aku malam ni. Berjaga!
***
“Assalamu'alaikum akak. Hmm buku bahagian sejarah dimana?”
Tiba-tiba seorang lelaki menyapa. Alia terpinga-pinga. Akak? Aku nampak macam librarian ke? Tanyanya dalam hati.
Dia menjawab salam lalu menunjukkan arah walaupun agak ragu-ragu. Hilang terus fokusnya mencari buku. Buku-buku ditangan terus diletakkan ke tepi. Mungkin aku ni nampak macam menyusun buku kot, detiknya.
Dia cuba berperasangka baik dan menepis segala fikiran negatif (al-Hujurat, 49: 12). Kemudian dia meneruskan kerjanya yang tergendala seketika tadi.
***
“Ni cikgu baru kat sini. Sila perkenalkan diri.” Arah bos kepada seorang lelaki dihadapannya.
“Nama saya Ammar. Saya akan mengajar subjek sejarah, matematik dan sains di sini. Sila beri tunjuk ajar.” Ammar memperkenalkan dirinya kepada semua guru sambil tersenyum.
Lelaki yang sama ketika berjumpa di library haritu, bisik hati Alia. Sedikit terkejut. Tidak menyangka mereka akan berkerja ditempat yang sama dengan subjek yang agak sama.
***
Setelah beberapa lama, dia sering saja bertembung dengan Ammar walaupun tidak bertegur. Di tempat kerja dan juga di universiti mereka. Mereka hanya menundukkan pandangan, bukannya tidak melihat langsung tetapi itulah yang lebih baik bagi mereka (An-Nur, 24: 30-31).
Kadang, disebabkan kerja, barulah mereka akan bercakap bagi memenuhi keperluan dan urusan. Tidak bercakap kosong dan hanya atas dasar urusan sahaja.
Hati Alia pun semakin berubah semenjak itu. Terasa perubahannya jika ternampak Ammar walau dari jarak yang jauh. Bertegas Alia menafikan perasaan itu namun akhirnya kalah menentang hati sendiri.
Akhlak Ammar sudah cukup bagi memaut hatinya. Bukan kerana penampilan ataupun rupa.
Hati berbunga-bunga ketika berhadapan walaupun setiap sudut reaksi dijaga dengan berhati-hati, agar tidak kertara. Dia sedar dia mula cuba untuk berkomunikasi dengan Ammar walaupun tanpa urusan yang tidak begitu diperlukan. Hanya beralasan dengan diri sendiri bahawa ia adalah urusan.
Terkadang jauh berangan-angan sehingga memikirkan bahawa mungkin saja Ammar adalah jodohnya dan Ammar akan dapat mendekatkan dirinya kepada Allah.
Kemudian, disudut hati Alia, timbul keinginan untuk segera bernikah demi menjaga hati. Takut akan dirinya itu sedang mendekati zina; zina hati (al-Isra, 17: 32). Hanya disimpan perasaan itu. Cukuplah Allah sahaja yang tahu.
Tapi biasalah, sikap wanita. Rahsia tidak menjadi rahsia. Alia tidak dapat menahan rasa. Tercari-cari untuk meluahkan segala yang terbuku. Menyuarakan keinginan untuk menikah.
“Memang fitrah hati manusia, tetapi terpulanglah bagaimana kamu hadapi. Jika bersedia untuk menikah, hantarlah orang perantaraan sebagai risikan sepertimana cara Siti Khadijah melamar Rasulullah SAW.” Itulah nasihat yang didengarinya. Alia masih tidak puas dengan jawapan itu. Seperti belum terjawab persoalannya.
Fikirannya bercelaru. Sudah dua malam dia menunaikan solat sunat istikharah, memohon yang terbaik buat dirinya. Hatinya terasa lebih tenang walau hatinya inginkan jawapan. Dia memohon dalam sujudnya, berdoa sepenuh hati kerana tahu, ini adalah keputusan yang amat berat.
***
Pemilik Cintaku karya Fatimah Syarha Mohd Noordin. Sebuah buku khas untuk pengantin baru dan mereka yang ingin bernikah, samada bercouple dahulu ataupun tidak. Bukanlah satu kebetulan buku itu dipinjamkan oleh seorang sahabat Alia. Ia buku yang sudah lama berada di dalam rak bukunya tetapi tiba-tiba sahaja, hatinya terdetik untuk membaca buku itu.
'Bahaya cinta sebelum kahwin: - Menyibukkan hati merindui makhluk yang tidak halal bagiku seumpama membuka pintu syaitan menjalankan jarumnya untuk melupakanku daripadaNya. - Cinta lalai akan menyebabkanku alpa daripada mempersiapkan diri untuk keperluan dunia dan akhirat.’ (m.s. 2)
'Jika kau belum berkahwin, kejarlah Allah SWT sebelum mengejar cinta lelaki. Tanpa reda Allah SWT, andainya dirinya kau miliki sekalipun, kau pasti takkan bahagia. Percayalah. Sia-sia segala usaha yang kau curahkan atas dasar maksiat. Ianya hanya meluputkan berkat daripada dirimu.’
DUSH! Satu tamparan hebat buat Alia. Jatuh berguguran air matanya. Ya Allah! Aku terlalu asyik dengan mengejar cinta manusia sehingga aku lupa untuk mengejar cintaMu! Alia segera beristighfar. Air matanya masih lagi deras. Ampuni aku ya Allah! Alia menjerit di dalam hati.
Ditambah pula, beberapa hari kemudian, Alia terdengar sebuah lagu 'al-Haqq… Yang Satu’ yang dinyanyikan oleh Mawi AF dan MC Mizal diputarkan di radio. Dia menghayati bait-bait lagu sehingga Mawi menyanyikan:
'ku bersujud padaMu Berdoa pada Yang Satu PadaMu aku mengadu Allah Yang Satu
Mohon pertunjuk dariMu Berderai air mata ku Ku ingin dekat denganMu’
Ya Allah! Ku ingin dekat denganMu! Ku ingin dekat denganMu! Alia mengulang-ualng sebaris lirik tersebut sambil air matanya mengalir deras. Terasa penyesalan dalam hatinya. Terasa kerdil dirinya. Kerana begitu mencintai sesuatu yang tidak kekal walau niat bermula suci.
Ya Allah, aku memohon ampunanMu. Aku tidak layak mencari cinta selain cintaMu. Aku ingin dekat denganMu Ya Allah! Alia menanggis di dalam sujudnya buat sekian kalinya.
Semenjak itu, Alia terus melupakan Ammar. Sekurang-kurangnya dia mencuba. Walaupun diakui susah untuk terus melenyapkan si dia di dalam hati. Namun, seperti dalam buku Fatimah Syarha, Alia perlu tegas dengan prinsipnya iaitu mencari redha Allah dan mengejar cintaNya.
Jodoh? Biar Allah yang menentukan. Aku cuma perlu mempersiapkan diriku bukan mencari ciri-ciri apa yang ku mahu. Biar aku didik diriku. Cepat atau lambat, ia pasti yang terbaik untukku. Yang penting adalah mencari cinta illahi. Itulah yang utama.

Kommentare