No 'I' in TEAM
- Nora AM
- May 12, 2015
- 2 min read
Team atau dalam bahasa Melayu—kumpulan ialah dua orang atau lebih membuat sesuatu bersama-sama. Contoh kumpulan ialah seperti kumpulan bola sepak, film maker dan sebagainya. Sebagai contoh; film maker memerlukan sekurang-kurangnya seorang untuk menjadi penulis skrip, seorang lagi untuk menyunting video, begitu juga halnya untuk pengarah dan pelakon. Hanya seorang untuk melakukan kesemua ini adalah mustahil. Oleh itu, kita memerlukan beberapa orang untuk melakukan pekerjaan seperti ini kerana Together Everyone Achieves More.
Menjadi ahli kumpulan adalah sesuatu tetapi ianya adalah satu perkara yang lain jika kita melakukan sesuatu secara berkumpulan. Secara ringkasnya, sebuah kumpulan tidak akan berjaya tanpa adanya kerjasama.
Teamwork atau kerjasama bukanlah satu-satunya value yang patut ada dalam diri seseorang yang berada dalam sesebuah kumpulan. Malahan value yang lain juga penting seperti komitmen, bertanggungjawab, disiplin, boleh dipercayai, dan sebagainya.
Kerjasama atau istilah ‘orang putih’ ialah teamwork yang bererti working in a team. Kerjasama ini adalah satu komponen yang sangat penting yang patut ada dalam diri seseorang terutama sekali apabila bekerja atau membuat sesuatu projek dalam berkumpulan.
Antara kepentingannya ialah:
Mengurangkan bebanan.
Beban yang ditanggung akan terasa lebih ringan kerana bahu yang memikul tanggungjawab tersebut adalah ramai. Ahli kumpulan juga boleh melengkapkan kekurangan ahli kumpulan yang lain. Misalnya jika seorang ahli ada masalah kenderaan, mungkin ahli yang lain boleh membantu menumpangkan ketempat perbincangan kumpulan.
Memberi motivasi dan semangat.
Dengan adanya ahli kumpulan yang lain, kita akan berasa semangat dan tidak putus asa kerana ada orang lain untuk mengingati kita dan mendorong melakukan sesuatu bersama-sama. Walaupun ada masanya kita mahu menyerah separuh jalan, tetapi kerjasama membuatkan satu tanggungjawab itu lebih mudah untuk dipikul.
Belajar sesama.
Kita dapat belajar sesuatu yang baru dari ahli kumpulan yang berpengalaman. Dan juga dapat mengajarkan sesuatu yang bermanfaat kepada ahli yang lain.
Meningkatkan kelancaran.
Kalau seorang membuat satu projek yang besar mungkin akan memakan 3 bulan tetapi dengan adanya kerjasama dan ahli kumpulan, boleh jadi projek tersebut selesai dalam hanya satu bulan.
Mungkin tidak semua orang boleh menerima apabila bekerja dalam kumpulan. Mungkin kerana sudah terbiasa membuat sesuatu itu dengan sendiri dan merasa bahawa bekerja sendiri itu lebih baik. Mungkin juga kerana seseorang itu mempunyai trust issues atau masalah untuk mempercayai orang lain. Misalnya, tidak mempercayai orang lain untuk menghantar surat ke suatu tempat tepat pada masanya. Mungkin juga kerana takut untuk membebankan orang atau takut orang mengambil kesempatan pada diri kita. Memang tidak semua dapat menerima teamwork.
Oleh itu, setiap orang perlu tanam value yang satu ini dan mula belajar dan rasakan kelebihan-kelebihan bekerja dalam satu kumpulan.
Comentarios