Sahabat Jangan Pergi
- Penulis Puisi Amatur
- May 12, 2015
- 1 min read
Sahabat,
Suka dan duka kita harungi,
Bebanan rahsia kita kongsi,
Tangis dan tawa tidak ku lupa,
Kenangan silam sentiasa bersama.
Sahabat,
Hari pertama kita bersua muka,
Nama pun ingat-ingat lupa,
Siapa tahu itulah permulaan,
Bagi sebuah ikatan persahabatan.
Sahabat,
Sungguh indah pesahabatan ini,
Ikatan ukhwah kerana Allah,
Namun jauhnya engkau pergi,
Pergi meninggalkan jalan ini.
Teramat sedih dilubuk hati,
Engkau terpedaya dengan bicara,
Sang lelaki yang inginkan hati,
Walau niat dikata suci.
Mula kenal dilaman sosial,
Perasaan berbunga bila berjumpa,
Hati hancur berkecai seribu,
Bila sering keluar berdua.
Sahabat,
Aku tidak akan berdiam diri,
Izinkan aku menggenggam semula,
Menarik dirimu ke jalanNya
Walau bisa ikhtiar semata.
Hanya Allah pemberi Hidayah,
Aku cuma manusia biasa,
Namun jauh sekali untukku biarkan,
Doaku sentiasa mengiringimu.
Setulus kasih,
Sahabatmu
- Keluhan Si Penulis Puisi Amatur
Comments