Bacalah
- Nora AM
- May 19, 2015
- 2 min read
Seperti yang diketahui membaca adalah satu aktiviti yang amat penting bagi mereka-mereka yang menimba ilmu. Melalui membaca, pembaca akan memperolehi pelbagai pelajaran sama ada dari segi:
Bahasa seperti tatabahasa dan ejaan
Pengajaran atau moral cerita
Pengalaman baru seperti masa dan tempat
Dan sebagainya
Bahan bacaan seperti buku mempunyai banyak kategori. Contohnya:
Buku pelajaran yang mengandungi tentang pelajaran, sejarah dan fakta.
Buku biografi pula mengenai kisah kehidupan seseorang yang biasanya terkenal.
Buku cerita atau novel samaada untuk kanak-kanak atau remaja mahupun dewasa.
Majalah
Komik dan sebagainya.
Buku cerita pula boleh dikategorkan dalam pelbagai ‘genre’. Antaranya ialah romance, thriller, fantasy, adventure, action, drama, dan lain-lain.
Pada masa ini semakin banyak novel ataupun buku-buku yang laris dipasaran—stand-alone mahupun bersiri—difilemkan. Tidak kiralah mahu buku itu dalam bahasa Inggeris atau Melayu. Sebagai contoh, filem Harry Potter adalah adaptasi dari novel bersiri dengan tajuk yang sama. Filem Captain America pula adalah adaptasi daripada komik.
Suratkhabar adalah kumpulan berita fakta yang mana di dalamnya mengandungi berita dalam negeri, berita luar negeri, berita mengenai business, teknologi, peringatan dan sebagainya. Di negara kita ada mempunyai beberapa akhbar seperti Brunei Times, Media Permata dan Pelita Brunei
Pada abad yang ke-21, pembaca tidak perlu bersusah untuk membeli buku dikedai. Ini kerana pembelian buku sekarang hanya pada hujung jari sahaja iaitu dimuat turun secara online. Buku seperti ini lebih dikenali sebagai ebook. Ebook boleh dibaca melalui gadget electronic canggih seperti tab ataupun telefon bimbit android. Antara kelebihannya selain yang tersebut di atas ialah pembaca tidak perlu membawa buku tebal. Dengan adanya kemudahan ini, membaca akan menjadi satu aktiviti yang menyenangkan dan menyeronokkan kepada orang ramai.
Membaca tidak hanya melalui buku, suratkhabar atau ebook sahaja. Sebenarnya tiap-tiap hari kita membaca hanya saja kita mungkin tidak menggunakan beberapa kedah yang tersebut di atas. Bagaimana caranya?
Apakah kita sedar bahawa surat minit yang diterima juga adalah satu bahan bacaan? Post dilaman sesawang seperti Facebook, twitter bahkan juga WhatsApp? Ya. Sebenarnya kita sentiasa membaca setiap hari tanpa kita sedari. Membaca nama kedai juga membaca. Membaca jalan dan simpang ketika mengenderai kereta juga membaca.
Dengan membaca, pembaca akan dapat memperluaskan gaya mengekspresi ayat dan perkataan. Ianya juga membantu supaya pembaca lebih fokus kerana membaca buku apatah lagi yang mempunyai beratus-ratus muka surat memerlukan konsentrasi yang kuat. Membaca ini menyeronokkan dan boleh menjadi salah satu alat untuk menghilangkan tekanan stress. Ianya juga menguatkan imaginasi dan imaginasi dapat diperluas lagi melalui membaca.
Bagi orang yang gemar membaca mungkin akan memilih bahan bacaan yang dapat dipegang seperti buku, majalah dan sebagainya. Bagi orang yang kurang gemar mungkin hanya membaca sedikit melalui laman sesawang, di tepi jalan dan sebagainya. Walaubagaimanapun caranya, kita tidak akan lepas dari membaca.
Oleh itu, bacalah.
Comentarios